42

7.2K 479 85
                                    


"PSSST!"

Tasha memanggil Mia lalu memakai cermin mata hitam. Gaya seperti spy sahaja. Ya Tuhan, Raihan apa kau ajar kat crush kau ni?

Mia menahan tawa lalu turut memakai cermin mata hitam yang dihulur oleh Tasha. Kelakar sangat. Medina yang sedar pelik melihat rakan-rakannya itu. Dah kenapa? Sakit mata ke?

"Kau orang kenapa ni?" soal Medina perlahan. Kelas mereka sunyi kerana semua pelajar sedang fokus belajar walaupun tiada guru dalam kelas. Tasha tersenyum senget lalu hulur sehelai kertas. Semua rancangam teliti sudah bertaip di situ.

Daniel di sebelah turut mengintai sambil memeluk pinggang isterinya. Berkerut dahinya apabila membaca tajuk besar rancangan yang ditulis oleh Tasha.

SECRET MISSION!
SATUKAN CINTA HARRIZ YANG GILA POYO EGO ❤️ ALISYA DINGIN BEKU ANTI-LELAKI!

PERTAMA SEKALI, KITA TAK BOLEH BAGITAHU READERS!

Medina membaca dengan sengihan. Kelakar betul rancangan Tasha ni tapi semoga berjaya lah. Ini rupanya misi rahsia yang Tasha heboh-hebohkan sangat semalam dalam talian. Mengekek Medina ketawa apabila teringat. Aduhai, Tasha. Kau nak satukan Alisya dengan Harriz? Macam ajak perang je.

"Ehem." Tasha memberi dua cermin mata hitam ke arah Medina dan Daniel. What the...

"Nak buat apa pakai benda ni?" tanya Medina perlahan sambil tolong Daniel pakaikan cermin mata hitam itu. Alahai sempat lagi nak sweet!

"Hello, Dee! Kita ni Secret Agent tau! Misi kita hari ini adalah sangat sulit. Jangan sampai Alisya dan Harriz tahu! Faham?" Raihan yang berada di sebelah Tasha menekup wajahnya ke meja. Menahan ketawa yang bakal meletus. Idea gila Tasha ni betul-betul mengundang ketawa! Mereng betul!

"Tapi Tasha, apa function weh pakai dalam kelas?" soal Khairul apabila terlalu lama berdiam diri. Tasha yang baru sedar tersengih sambil garu kepala yang tidak gatal. Alamak, hehehehe.

Semua kembali membuka cermin mata hitam kecuali Medina yang memang tidak pakai sejak tadi. Medina serahkan kembali kertas rancangan kepada Tasha.

"Bila nak buat semua ni?" tanya Mia

Tasya senyum senget. Hehehehe.

Medina dan Daniel saling berpandangan dengan pelik melihat reaksi Tasha. Aneh aneh!

***

ALISYA membuka zip begnya di bahagian hadapan untuk mengambil buku nota pengawas yang sering dibawa waktu perhimpunan dan waktu rehat. Masa untuk bertugas.

Tiba-tiba sehelai kertas kecil berwarna biru terjatuh di tepi kerusi dari buku itu. Berkerut dahi Alisya melihat kertas itu lalu mencapai.

"Kertas apa ni?" gumam Alisya lalu membuka lipatan kertas itu.

Isya, urgent! Jumpa aku kat pondok tempat Alpha selalu lepak! Ada benda aku kena cakap.

-Riz yang kacak

"Apa yang penting sangat? Macam aku ni duduk sebatu dengan dia je padahal dalam kelas duduk bersebelahan. Pelik benar jantan ni. Ahh, whatever! Aku dah lambat ni." Alisya menyimpan kertas itu dalam poket. Rambutnya yang diikat gaya messy bun itu ditiup angin dengan perlahan.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now