7

12K 660 25
                                    

SELEPAS bunyi loceng. Medina melangkah ke bilik Alpha. Nasib baik dia dah beritahu Rayyan awal-awal tentang dia ialah manager Alpha. Abang kembarnya tidak membantah malah beri semangat dan faham situasi Medina.

Medina mengimbas kad pelajar di tempat imbas lalu pintu Alpha Band terbuka. Medina masuk dan melihat kesemua ahli Alpha tidur di ruang rehat iaitu ruang tamu kecuali Daniel. Makanan bersepah, keropok berterabur, mug air atas meja dan beg sekolah terdampar atas lantai.

"Astaghfirullah al azim..." gumam Medina. Rasa nak menjerit saja dan rasa nak membebel. Sabar Dee, sabar.

Medina berlari ke dapur dan mengambil senduk dan ketuk ke meja berkali-kali.

"BANGUN!!!" jerit Medina kuat.

Terkejut ketiga-tiga ahli Alpha yang sedang dibuai mimpi.

"Apa bising-bising ni?" omel Raihan dengan mata terpejam.

"Apa bising-bising kau kata?! Kau bangun sekarang! Bangun aku kata!" marah Medina lalu mengetuk Raihan serta Harriz dan Khairul yang masih mamai.

Serta merta ahli-ahli Alpha bangun dan melihat Medina sedang mengamuk.

"Ni... ni apa bersepah sangat ni hah?! Tak reti kemas ke? Keropok tu pun tak makan betul-betul. Macam anjing makan!" bebel Medina sambil mengemas.

"Dah besar gedabak pun tak reti nak kemas. Apa punya orang la ni. Nanti kahwin macam mana lahai, kesian bini kau orang nak kena kemas. Dapat suami tak ada guna macam kau orang ni boleh buat bini lari tahu tak?" sambung Medina.

"Tepi... tepi! Aku nak sapu!" arah Medina lalu ketuk Khairul dengan penyapu.

"Aku tahulah kau orang ni bad boys, tapi jangan bad sangat boleh tak?! Ya Allah, ni apa ni? Baju bersepah! Busuk! Tak basuh ke?! Haish! Anak siapa lah ni! Dah berambus! BERAMBUS! Aku nak kemas ruang tamu ni. Kau orang duduk kat dapur diam-diam! NOW!!!" jerit Medina. Kelam kabut Raihan, Harriz dan Khairul berlari ke dapur. Terkejut tengok Medina mengamuk.

"Apa punya orang la ni. Abang aku lagi better dari diorang ni. Haish, tengok tu, cawan tak cuci. Masalah, masalahhh!" bebel Medina seorang diri.

Daniel yang baru keluar dari bilik rehat hanya memerhati tingkah laku Medina macam ibu marah sambil membebel dan mengemas rumah. Daniel tersenyum.

"Raihan! Khairul! Harriz!" laung Medina kuat.

"Yaaaa."

"Kutip baju kau orang ni! Now! Kutip! Pastu letak dalam mesin basuh! SEKARANG!" arah Medina lalu pukul ketiga-tiga ahli Alpha dengan senduk. Geram!

"Okey." Ketiga-tiga ahli Alpha hanya menurut saja arahan Medina kerana gerun tengok Medina mengamuk.

"Dahlah tu membebel. Tak penat ke?" tegur Daniel lalu menarik Medina lembut untuk duduk di atas sofa. Medina yang baru habis mengemas hanya ikut saja Daniel.

"Penat tu penatlah! Tapi cubalah jaga kebersihan bilik ni! Apa lah kau orang ni. Agak-agaklah... lain ka..." kata-kata Medina terhenti.

"Dah... kau ni membebel kalah mak nenek. Now, duduk diam-diam." Ujar Daniel.

Medina menutup mulut.

"Hmm Daniel," panggil Medina.

"Apa?"

"Lapar tak? Kau nak makan apa? Biar aku masak," ujar Medina lalu senyum.

"Lapar. Tak kisah apa-apa."

"Nak nasi goreng tomyam!" kata Raihan yang entah dari mana muncul.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now