SELESAI sahaja sesi latihan mereka subjek Matematik Tambahan dan Sains, semua pelajar dibenarkan rehat selama sejam. Pada ketika ini, kebanyakan pelajar menggunakan khidmat tandas dan bersiar-siar di kawasan Learning Academy.
"Aku lapar la. Jom masuk dorm ambil makanan." Mia mengusap perutnya lalu mengajak rakan-rakannya untuk masuk ke dorm sekejap.
"What the hell?!" jerit Mia saat kakinya melangkah masuk ke dalam dorm mereka. Kelihatan tiga orang gadis duduk bertenggek di atas katil mereka berempat sambil mengunyah snek milik Mia. Beberapa pelajar sekelas 5 Diamond yang lain masih setia memandang dengan wajah tidak puas hati dan bengang. Tidak suka apabila pelajar dari kelas lain main terjah privasi kelas lain. Tak ada akal ke?
"Eh, hello girls! Come, sit here!" Azrina selamba mengajak Mia dan yang lain duduk. Medina menjongketkan kening kanannya. Seriously? Are you dumb, little girl?
"Berambuslah sial!" Tasha menolak Puteri sehingga terdorong ke hadapan. Nasib Khayrene sempat menyambut sahabatnya itu. Azrina ketawa gedik.
"Thanks for this snack." Azrina mengucapkan terima kasih dengan senyuman sinis.
"Kau memang cari pasal dengan aku kan?!" Mia cuba meluru ke arah Azrina untuk menarik rambut atau hentam tetapi dihalang oleh Medina.
"Tak, dia nak cari pasal dengan aku."
Azrina tersenyum manis sambil kepalanya terangguk-angguk beberapa kali.
"Great! Bagus, kau tahu and sedar."
Medina melangkah beberapa tapak ke hadapan menghadap The Diva. Wajah dingin ditayangkan sedingin hatinya seperti iceberg di Kutub Utara.
"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?" soal Medina dengan nada mendatar.
Azrina merapati tubuh Medina lalu jari telunjuknya menyentuh dagu Medina. Medina tepis dengan kasar membuatkan Azrina tersenyum sinis.
"Alpha. Daniel." Azrina petik jari.
"Raihan." Puteri sambung dan petik jari pula.
"Harriz." Khayrene menjeling Alisya yang masih tayang wajah bekunya. Langsung tidak terkesan di hatinya. Dia langsung tidak menaruh perasaan terhadap Harriz. Kau nak ambil? Ambil la. Tak batak.
"Oh? Khairul?" Medina menyoal.
"Oh that dude... our next." Azrina membalas. Mia yang dengar sudah menggenggam buku limanya.
Medina membuka ikatan rambutnya lalu melakukan flip hair. Rimas pula ikat tambut bila nak gaduh ni.
"You know what, Sharifah Azrina Binti Ungku Yasser? Aku pernah kata berfikir sebelum buat sebarang tindakan. So, kau dah fikir ke sebelum apa yang kau buat sekarang ni?"
"Huh? Do look i care about what you said before this? Daaa?" Azrina menjeling sekilas.
"Alright, then. Kau yang nak aku urm jadi macam ni." Medina terus tampar pipi bersih Azrina lalu menolak tubuh gadis itu jatuh terbaring ke atas lantai.
"Arghhhh!"
"Az!" Puteri dan Khayrene terus membantu Azrina bangun dari jatuh. Punggunya terasa sakit apabila terhentak ke atas lantai dengan kuat.
"Tak guna kau!" jerit Azrina lalu cuba menyerang Medina. Alisya yang berada di sebelah Medina terus menghalang dengan menolak tubuh papan Azrina sehingga terdorong ke belakang.
"Kau sentuh Dee, malam ni juga mayat kau dikebumikan dalam hutan belantara ni." Alisya memberi amaran.
"Tak payah nak sakitkan otak kau ganggu kitaorang. Blah! Perangai tu biar elok sikit, nak Alpha tapi perangai serupa anjing makan najis je." Tasha mencelah dengan suara mendatar.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
عاطفية2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...