"WHAT?!"
Medina rasa nak luruh jantungnya. Bad boy? Ta... tadi tu budak jahat? Oh my god!
"Yes! Diorang berempat tu dikenali dengan Alpha. Diorang badboy! BAD BOY!" kata Mia.
"Dan yang kau tumpahkan air tadi tu.. erm.. leader of Alpha. Tu ketua dia," kata Alisya pula.
"Aku rasa lepas ni kau, mati! Dia mesti buli kau!" ujar Tasha pula.
Medina rasa nak pengsan.
'Abang Ayyan, Abang Aydan, i need youuuuuuuuuu' jerit hati Medina.
"Dee..."
"Dee..."
"Medina!"
"Hah? Apa-apa? Budak tu datang ke?" terkejut Medina.
Mia, Alisya dan Tasha tergelak halus.
"Tak lah. Ni, rehat dah habis. Kau tak nak balik kelas ke?"
"Ohh haa jom jom! Aku tak nak jumpa bad boy tu lagi!!" kata Medina lalu jalan laju menuju ke kelas 5 Diamond.
Saat ingin masuk ke kelas..
"Ohh mommyyyyy!!!" jerit Medina terkejut apabila terserempak dengan Alpha.
"Hey, kenapa terkejut sangat ni?" tegur Raihan.
"Huh? Terkejutlah dah kau muncul tiba-tiba!" marah Medina.
"Ohh sorry ya? By the way, nama aku Raihan," kata Raihan.
"Ahhh kesah apa aku nama kau Raihan ke Raihana ke apa. Tepi-tepi aku nak masuk kelas!" balas Medina lalu menolak Raihan serta Khairul untuk masuk ke 5 Diamond.
Medina terus duduk di tempatnya.
Muka dia yang ingin senyum terus pucat apabila Alpha masuk ke kelasnya.
APA DIORANG BUAT KAT SINI?!
"Kenapa muka kau pucat, Dee?" soal Mia.
"Ke... kenapa... di... diorang... maaasuk... ke... las ni?" soal Medina gagap.
Mia pelik lalu memandang ke arah Alpha.
"Lahhh kau tak tahu ke? Diorang tu sama kelas dengan kitalah. Kau tak perasan ke diorang sama kelas dengan kita?" kata Mia.
Wait... what?!
"Tak perasan pun."
"Memanglah dia tak perasan Mia, Alpha kan duduk belakang pastu si Dee ni baru lagi," kata Alisya pula.
"Jap... kau kata apa? Alpha duduk belakang?"
"Yup! Tu belakang tu."
Medina terkejut.
'Tak lawak weh tak lawak. Tempat duduk aku dengan Mia sekarang barisan kedua terakhir dari belakang. Tasha dan Alisya depan aku. Jadi kat belakang ni Alpha lah kan? Tapi, agak-agak si leader dia tu ke anak buah dia?' bisik hati Medina.
Medina pusing ke belakang, acah-acah nak ambil buku dari beg.
Zzzaappp!
Matanya bertembung dengan mata Daniel.
"Oi mak kau Alpha hantu!!" latah Medina.
Mia terkejut. Daniel? Terkejut juga tapi dia kawal.
"Eh kenapa ni, Dee? Kau kenapa?" soal Mia prihatin.
"Apasal mamat tu duduk belakang aku?!" soal Medina geram.
"Laaa tu je ke? Tu memang tempat duduk dia lah. Apa lah kau ni." Mia ketawa lalu sambung membaca novelnya.
YOU ARE READING
Badboy Itu Suami Aku
Romance2ND ROMANCE BY _AISYWA Setelah sekian lama di bumi England, kini dia pulang ke tanah air bersama keluarganya. Masuk sahaja sekolah baharunya iaitu Stars Highschool, dia sering menjadi tumpuan orang ramai. Tengku Medina Iris, kecantikkannya dan sifa...