48

3.6K 272 56
                                    

Jeju Island, South Korea.

Setelah hampir tujuh jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju akhirnya mereka telah tiba di Jeju International Airport. Rayyan dan Raydan membelek telefon mereka manakala yang lain berkumpul di suatu sudut.

"Weh aku tak sangka aku dah sampai Jeju! Ommo ommo!"

Alisya jeling, "Kau ni macam tak pernah pergi holiday pula." Tasha memuncungkan bibirnya dua inci.

Mia ketawa besar, "Isya kau ni macam tak kenal je si Tasha. Jeju kan satu-satunya tempat yang dia nak pergi selama ni."

Khairul, Harriz dan Raihan menarik Daniel jauh dari empat perempuan kesayangan mereka. Rayyan dan Raydan menghampiri Medina yang berdiri seorang diri tanpa berbual dengan rakan-rakannya yang lain.

"Dee, jom. Panggil kawan-kawan tu sekali. Our tour guide has arrived," ujar Raydan.

Medina angguk kepala lalu memanggil suaminya dan rakan-rakannya. Mereka semua bergerak sambil menarik bagasi masing-masing menuju ke sebuah mercedes private van berwarna hitam. Seorang gadis berbangsa Korea dengan mata agak sedikit sepet bersama kulit putih melepak dan topi menutup kepalanya.

"Annyeonghaseyo! I am your tour guide in Jeju Island, Se-Ri Park. Welcome to Jeju Island." Se-Ri menunduk kepalanya sedikit sebagai hormat kepada para pelancongnya dari Malaysia.

"Thank you."

Se-Ri menjemput mereka semua naik mercedes private van yang audah disediakan oleh pihak agensinya lhas untuk pelancongnya kali ini. Se-Ri membantu sekumpulan lelaki meletakkan beg ke dalam bonet kereta.

Kemudian, Se-Ri duduk di tempat pemandu. Sudah menjadi kerjanya untuk membawa pelancongnya ke tempat penginapan terlebih dahulu. "If I am not mistaken, you all from Malaysia right?"

"Yeah, we hope you aren't forget that we are muslim. We hope you can bring us to get halal food at here."

"Sure, Mr. Rayyan. I will bring you to Luxury Villa first since you need some rest after a long flight," ujar Se-Ri dengan lembut. Walaupun dia gadis berbangsa Korea namun agensi pelancongan yang dia berkhidmat menghantar semua pemandu pelancong ke kursus bahasa agar mereka semua fasih dalam menutur Bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

"Thank you, Miss Park."

"Oh, just call me Se-Ri. I will be more comfortable when you call me Se-Ri. Don't be too formal with me." Se-Ri mengeyitkan matanya. Raydan tergelak kecil. Pemandu pelancong mereka agak ramah dan mesra.

Akhirnya, empat pacuan roda semakin bergerak perlahan di hadapan sebuah Luxury Villa yang ditempah oleh Rayyan. Medina menuruni mercedes private van lalu melihat pemandangan sekitar Villa tersebut.

"Arghhhh!" Medina lari bebas di kawasan lapang itu dengan jeritan gembira. Mereka yang baru mahu mengangkat beg terus memandang Medina yang sudah agak jauh dari mereka.

"Se-Ri, its so beautiful!" jerit Medina dari jauh. Se-Ri senyum lebar lalu mendekati Medina.

"You will see more beautiful place soon. There's a lot place in Jeju that you can visit to explore." Se-Ri memaut bahu Medina lalu tangannya diawangkan ke udara mengajak Medina melihat suasana Pulau Jeju yang terbentang luas di mata mereka.

Medina melonjak kegembiraan lalu memusingkan tubuhnya ke belakang. "Ayyan! Aydan!"

Semua berpaling memandang ke arah Medina dengan Se-Ri. Mia, Alisya dan Tasha sudah berlari mendapatkan Medina manakala yang lelaki mengangkut semua beg masuk ke dalam Villa. Kemudian, mereka kembali keluar mendapatkan yang lain.

Badboy Itu Suami Aku Where stories live. Discover now