Bab 3

7.9K 218 5
                                    

"Why are we chasing after someone who does not love us? Why are we holding on? Why aren't we moving on?"


Bab 3


"Ayu,saya tahu awak suka makan kek batik. Kelmarin,sempat saya beli untuk awak." kata Faris sambil bersengih. Apabila tiba di sekolah,dia ternampak wajah seri Ayu yang berjalan sendiri. Tergesa-gesa dia untuk catch-up dengan minah sorang tu.


Ayu berhenti berjalan dan menoleh kebelakang. Dia ni terlalu baiklah. Nak tak nak,dia terima juga. "Terima kasih Faris. Tetapi,janganlah buat perkara macam ni lagi. Sudahlah saya beritahu bahawa awak bukan pilihan saya." kata Ayu dengan nada sopan.


'Bukanlah saya tak suka,suka tapi awak bukan pilihan utama saya. Pilihan utama saya tentulah Daniel Iskandar. Awak ni,cuma kira sebagai spare saje.' Ayu bermonolog dengan dirinya.


Wajah Faris terus berubah. Dulu,selalu bercerita dengan saya melalui Facebook. Sejak mamat tu muncul,segala telah berubah. Bukan dia tak tahu,dulu Ayu suka dia juga. How can I make her love me back again? Faris bermonolog.


Apabila melihat tukarnya wajah Faris,Ayu memohon maaf dan beredar dari situ.


Namun,mereka tak sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh. Kenapalah awak ni setia kepada someone yang tak layak kesetiaan awak? When are you going to realise that I'm in love with you dan tak akan layan awak sebagaimana dia melayan awak? Mila menggelengkan kepalanya dan terus ke kantin. Hatinya berasa sedih apabila mengingati wajah sedih si dia.


Mila hanya akur andai kata itu takdirnya kerana bukan semua cinta pertama merupakan cinta terakhir. Namun,kesakitan cinta pertama itu ada kuasa untuk membuatkan seseorang tidak percaya kepada perasaan cinta lagi..


-


Selepas habis kelas,Mila terus balik ke biliknya. Letih dengan segala drama yang telah berlaku. Selepas mendirikan solat Asar dan membuat kerja rumah,Mila pun skype dengan parentsnya.


"Assalamualaikum ibu,ayah.Apa khabar?" Mila sedang skyping dengan ibu bapanya yang kini berada di London. Dato' Ibrahim dan Datin Hamizah telah membuat keputusan untuk melancong sekeliling dunia pada dua tahun yang lepas,setelah Dato' Ibrahim pension.


Itulah sebab Mila tinggal di asrama. Dia tak nak tinggal di rumah seorang.Rumah mereka sedang dijaga oleh keluarga pembantu rumahnya. Dia pindah sekolah dari Selangor ke Kuala Lumpur. Itulah juga waktu dia kenal Faris.


"Alhamdulillah. Sihat. Bagaimana pula dengan Mila?" tanya Dato' Ibrahim.


"Alhamdulillah,sihat juga ayah." ikhlas Mila memberi senyuman yang manis. Dia amat rindu kepada ibu bapanya.


Siapa juga tak,pada usianya yang lima belas tahun,mereka telah meninggalkannya seorang di bumi Malaysia. Abangnya,Hayral Ibrahim telah takeover syarikat ayahnya yang berada di Brunei Darussalam dan sering ulak-alik untuk melawatinya.


Mereka menceritakan tentang hal yang berlaku dalam hidup mereka hingga hampir masuk waktu maghrib di Malaysia. Mereka mengakhiri sesi skype mereka dengan memberi salam dan kata-kata supaya menjaga diri dengan baik. Betapa baiknya jika mereka ada di sisi saya.


Ya Allah,lindungilah kedua-dua ibu bapa hamba dan juga abang hamba. Hindarilah mereka dari segala bala bencana. Kurniakanlah mereka dengan rahmatmu.


-

Rumah Tan Sri Zakaria


"What happened Ris? Dari tadi saya nampak awak muram je." tanya Aqmar,sepupu yang seumur dengannya. Bukan semua orang di sekolah tahu mereka ada tali persaudaraan. Mereka fikir bahawa mereka hanya rakan yang baik.


"Pasal Ayu." ringkas jawapan Faris.


Aqmar mengeluh. Pasal minah itu lagi? " Sudahlah Ris,give up. Dia tak layak layanan baik awak. Saya tak sampai hati melihat awak macam ni. Who knows,you can find another one who actually loves you." Aqmar cuba memujuk.


'Sepupu saya sorang ni,kayu sikit. Tak tahu ada orang lain yang cinta dia. Takkan tak tahu Mila tu cinta dia dengan ikhlas dan setulus hati kut. Even a blind man can see how much she loves him.' Aqmar bermonolog.


Terdapat beberapa orang yang tahu Mila cinta sepupunya itu. Tetapi,kami hanya mendiamkan diri. Bukannya hak kami untuk sebarkan. Biarlah Mila yang luahkan atau,Faris yang tahu dengan sendirinya. Dia bermonolog lagi.


-


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now