Bab 41

3.1K 92 13
                                        

"And if he breaks my heart,I pray he breaks my heart in such a way that my heartbreak brings me back to Allah SWT and that one day I become so strong that I can thank him for breaking my heart. Because he was my test,a trial for me to walk towards Allah SWT and walk away from the Shaytaan." -herblankcanvas


Bab 41

Brunei


"Jaz,Jaz suka pin tudung yang berwarna pink ni atau yang merah?" Faris menyoal Jazila sambil menunjukkan dua pin tudung.


"Hmm,abang,I suka yang warna merah tu. Sangat cantik." jawab Jazila. Mereka kini berada di The Mall selepas menyambut hari jadi Jazila.


"Baiklah,Jaz. I belikan you ni. Ada apa lagi ke love?" Faris menanyakan Jazila lagi.


"I rasa I nak minyak wangi Chanel,boleh tak?" Jazila menayangkan muka yang comel.


Faris mencuit hidung Jazila,"Untuk isteri kesayangan I,semua pun boleh." kata Faris sambil bersengih.


-


Mila mencari beg plastiknya yang mengandungi beberapa helai tudung. Agak di mana ya dia menaruh? Bagai Allah memberinya hidayah,dia teringat bahawa dia telah meninggalkan tudung-tudung tersebut di kaunter butik.


Dalam perjalanan kembali ke The Mall, dia ingin menelefon Faris untuk memberitahu suaminya bahawa dia akan pulang lewat sedikit.


Sorry,the number you dial is unreachable.Please try again later. Harap maaf nombor yang awda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.


Dahi Mila berkerut. Kenapalah Faris tutup telefonnya?


-


Selepas membeli-belah,mereka pergi ke Boba Tea. Faris berasa amat dahaga dan ingin minum sesuatu yang mengandungi vanila.


"Abang,ini minuman you." kata Jazila sambil menghulurkan minuman tersebut.


"Thanks." Faris menyedut minuman tersebut. Dia berasa amat bahagia. Dia tahu dia asyik meluangkan masa untuk berada dengan Jazila. Dia tahu dia telah mengabaikan Mila. Namun,hatinya dah 90% berada dengan Jazila. Apa dayanya untuk menyoal perkara melibatkan soal hati...


Jazila bersengih. Tak sangka dia sah digelar isteri Zafriel Faris bin Zakaria. Walaupun mereka hanya melanjutkan akad nikah di sempadan negeri Thai,dia tetap berasa gembira. Ya lah,siapa tak gembira jika berkahwin dengan lelaki idaman sendiri.


"Abang,abang dah beritahu Camilla ke tentang kita?" tanya Jazila.


Faris menggelengkan kepalanya. Dia tidak sanggup melihat wajah Mila apabila Mila tahu dia telah memungkir janji mereka. Mengkhianati percintaan mereka.

Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang