Bab 47

3.3K 89 9
                                    

"I don't know why we all hang on to something we know we're better off letting go. It's like we're scared to lose what we don't even really have. Some of us say we'd rather have something than absolutely nothing,but the truth is,to have it halfway is better than not having it at all."


Bab 47


"Hayral..Hayral! Cuba tengok tu. Jari Mila macam bergerak." jerit Datin Hamizah dengan pantas.


"Hah? Biar betul?" jerit Hayral. Dia terus keluar dari bilik wad Mila dan memanggil doktor.


Tidak lama kemudian,Doktor Kate,Doktor yang telah merawat Mila selama dua bulan lebih turut masuk.


Beliau meminta Datin Hamizah dan Hayral untuk keluar dari bilik tersebut agar beliau dan jururawat dapat memeriksa Mila.


Hayral memeluk ibunya. Mereka tidak rela kehilangan Mila. Mereka hanya mampu berdoa kepada Ilahi untuk menyelamatkan dan menyembuhkan Mila.


-


"The patient is showing a sign of recovery. Try talk to her more. She might listen and find the source of voice,and wake up.Eventhough she is unconscious,she can hear what you all are saying. Never lose hope. " kata Doktor Kate.


"Thank you,doctor." ucap Hayral. Dia terjemahkan kata-kata Doktor Kate kepada ibunya. Mereka mengucapkan syukur kepada Allah.


Mereka masuk ke bilik wad Mila. Surah Yaasin menjadi pilihan mereka untuk dibaca. Semoga Allah akan memberkati mereka.


-


'Suara siapa tu? Surah Yaasin? Siapa yang telah meninggal?' fikir Mila.


Dia cuba membuka kelopak matanya. Kenapalah mata saya amat berat?


Dia cuba lagi untuk menggerakkan tubuh badannya. Namun semua itu tidak berjaya.


Adakah saya sudah meninggal?


"Mila...bangunlah Mila. Ibu amat merinduimu." Mila terdengar suara Datin Hamizah. Dia terasa kesedihan sebalik kata-kata ibunya. Tanpa dia sedari,air mata dia juga mengalir. Apa yang telah terjadi?


-


"Ibu! Mila telah mengalir air mata! Ibu!" ujar Hayral dengan teruja.


Datin Hamizah mengesat air matanya dan melihat wajah Mila. Ternyata,apa yang dikatakan oleh Hayral adalah benar.


Datin Hamizah menggengam tangan Mila dengan lebih erat lalu mengucup dahinya.


-


"Mila,ayah ni. Bangunlah. Dah lama Mila tutup mata ni. Ayah rindu wajah anak bongsu ayah." Mila cuba senyum tatkala mendengar suara Dato Ibrahim. Agak berapa lama dia tidak mendengar suara ayahnya?


Mila dengar keluhan ayahnya lalu bunyi tapak kaki yang meninggalkan sisinya.


Mengapakah saya jadi begini? Kemalangan ke?


-


"Woi! Mila..It's me,Hanna. Aku rindu kawan baik aku ni. Inda ada teman nak gosip lah..Please wake up. I miss you. Banyak perkara dah terjadi..Stay strong,Mila. Aku akan doakan kau cepat sembuh..Wake up,please..." ujar Hanna sambil memegang tangan Mila. Air matanya mengalir. Dia rindu akan Mila. Sahabat yang selalu berada di sisinya walau apa keadaan pun.


Mila tahu pemilik suara itu. Suara kawan baiknya sendiri. Hanna. Dia ingin sahaja membalas kata-kata Hanna,dia juga rindu akannya...


-


"Mila. Sudah seminggu selepas awak gerak jari awak ni. Abang amat merindui Mila. Manalah adik abang yang suka berperang mulut? Ikutkan suara abang. Come back to us please. At least,show us a sign that you're listening." Mila cuba untuk menggerakkan jarinya lagi. Dia ingin beritahu abangnya bahawa dia dapat dengar. Dapat dengar apa yang mereka katakan.


Beberapa hari ni,dia akan mendengar suara Dato Ibrahim,Datin Hamizah,Hayral dan Hanna. Dia berasa hairan. Hairan kenapa Faris tidak menjenguknya kerana dia belum dengar suaranya.


-


Hari ini merupakan minggu kedua selepas Mila menggerakkan jarinya.


"Assalamualaikum." ujar seorang lelaki.


"Wa'alaikumsalam..sila masuk." jawab Datin Hamizah.


"Aunty, boleh tak aku cakap dengan Zaraa sekejap?" tanya lelaki itu.


Datin Hamizah mengangguk dan pergi ke kantin hospital.


-


"Zaraa,its me. Please wake up. Aku tak sanggup kehilangan awak. Zaraa..I love you. I really do. Please wake up." Suara yang asing itu mengejutkan Mila. Siapa itu? Siapa yang memanggilnya Zaraa? Bukan suara Faris kut kerana suara ini lebih garau dan Faris tidak memanggilnya Zaraa. Atau Faris kurang sihat? Hmm..enak juga suara dia ni...


"Zaraa,its almost three months now. You need to wake up! We've all been waiting for you to open your eyes. Use more effort! Please Zaraa. Please. Do it for the sake of your family and friends. For me." ujar lelaki itu lagi.


Lelaki itu memandang wajah Mila. Balutan yang dulu membalut kepalanya telah tiada. Kini,tudung hitam saja yang menutup rambutnya dengan rapi.


Dia asyik menyalahkan dirinya atas perkara yang berlaku beberapa bulan yang lalu. Dia tahu,dia boleh tolong mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku. Dia sering menjenguk Mila. Lama-lama,perasaan sayang mula berputik dihatinya. Dia tidak akan menafikan bahawa dia telah jatuh cinta dengan perempuan yang terlantar di atas katil Hospital RIPAS.


-









Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now