Setakat mengenali dirimu,diriku sudah berasa cukup gembira. For me,this is so true. Having to know him in my life was already more than enough.
Bab 26
Faris berpakaian kemas pada malam ni. Dia memakai baju lengan panjang yang berwarna biru muda serta seluar slack berwarna kelabu tua. Pada mulanya,dia hendak memakai tali leher serta suit. Namun,kelihatan terlalu formal pulak seperti nak hadir mesyuarat penting.
Faris berasa gelisah untuk bertemu dengan Mila. Apa yang dia kan cakap? Petang tadi,banyak ideanya untuk memulakan bicara. Namun sekarang,semua idea itu seperti buih yang 'pop'.
Dia memandang jam di dinding yang sudah menunjukkan tiga minit lagi ke jam lapan setengah. Kenapa Mila belum muncul ni? Takkan dia tak terima bunga saya? Atau Mila tidak menemui kad saya?
-
Tepat jam lapan setengah Mila berjalan masuk ke Excapade. Aura yakin mengelilingi tubuh Mila.
'You can do this Camilla.'
"Assalamualaikum Faris." tegur Mila. Faris yang tidak notis kedatangan Mila,berasa sedikit terkejut.
"Wa'alaikumsalam Mila...sila duduk." Seperti ala-ala gentleman di filem Inggeris,Faris berdiri untuk menarik kerus bagi Mila dan jemput dia duduk.
Mila mengusai shawlnya yang bercorak bunga. Takut pulak tidak sempurna di mata Faris itu.
"Apa khabar?" tutur Faris dengan lembut. Yalah,dia tak nak takutkan Mila hingga dia membawa diri.
"Alhamdulillah. Semua okey. Faris?" Especially with you by my side,everything will be beyond okay. Tambah Mila didalam hati.
"Syukur kepada Allah. Everthing's good." jawab Faris.
"Dah order?" tanya Mila. Faris menggelengkan kepalanya.
"Hmm,Mila nak makan seperti biasa." tambah Mila lagi.
Faris memesan makan mereka pada malam itu. Mereka berborak-borak seperti biasa. Tidak ada perasaan kekok. Apa sahaja boleh diborak oleh mereka berdua.
"Mila masih ada tak,gambar kita sebelum Faris ke Singapura?" tanya Faris. Dia notis Mila sudah tukar telefon bimbitnya ke iPhone 6+. Walaupun dia sudah tukar juga,dia telah transfer gambar-gambar tersebut ke dalam telefon barunya itu.
"Maksud Faris,gambar yang kita gambar kat sini tu ke?"
"Ya."
Mila mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada Faris. Memang dia ada. Dia sudah berjanji kepada Faris.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...