"Untuk melihat awak gembira,merupakan apa yang saya mahu. Saya cuba dengan segala yang saya ada untuk melihat awak senyum,agar awak gembira pada hari-hari yang saya tidak mampu. Cinta saya untuk awak tidak bersetuju dengan bisikan-bisikan di minda saya. Awak tidak pernah notis kehadiran saya. Pada waktu itu saya sedar. Saya sedar bahawa melihat diri saya gembira,adalah lebih penting.Kerana terleka mencintaimu,saya terlupa untuk mencintai diri saya."
Bab 38
"Wanita itu tercipta daripada tulang rusuk lelaki,
Bukan daripada tulang kepala lelaki kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki.
Dan kenapa bukan daripada tulang kaki kerana wanita
Bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki.
Tetapi wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati.
Sebagai pendamping dan penjaga hati."
Cinta Paling Agung,
Umie Nadzimah
Mila baru selesai membaca novel Umie Nadzimah yang betajuk Cinta Paling Agung. Ketabahan dan kesabaran Amyza untuk mempertahankan rumah tangganya dikagumi oleh Mila. Yalah,mana ada perempuan yang rela untuk dimadukan...
Sudah lebih setahun dia bergelar Puan Zara Camilla. Syukur diucapkan kepada Ilahi kerana rumah tangganya bahagia.
Selepas perjumpaannya dengan Ayu di ofis Faris beberapa bulan yang lalu,hubungannya dengan Faris semakin erat. Dia sendiri terharu dengan luahan Faris pada masa itu. Rasa cintanya terhadap lelaki itu semakin hari semakin menambah..
Mila tersenyum sendiri. Faris telah memberitahu dirinya bahawa dia akan balik lewat sikit kerana ada mesyuarat dan suruh Mila tidak payah menunggunya untuk makan malam.
Mila sedang menunggu Faris di ruang tamu sambil menonton drama Korea. Tanpa menyedari,Mila pun terlelap di atas sofa...
-
"Doktor Faris,ini Doktor Jazila. Her three months probation will be under you." kata Doktor Yahya yang merupakan Ketua Para Doktor.
Faris mengangguk,"Nice to meet you,Doktor Jazila."
Jazila terpegun. Tidak sangka lelaki dihadapannya itu adalah lelaki idamannya. Dia masih ingat lelaki itu. Lelaki yang merupakan senior kepada dirinya kat Uni. Walaupun dia tahu tak mungkin lelaki itu ingat akan dirinya kerana hanya sekali sahaja mereka bercakap.
![](https://img.wattpad.com/cover/32612719-288-k887025.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...