Bab 7
Satu Minggu Kemudian,Ibrahim Holdings.
Hari ini adalah hari pertama Mila mula bekerja di syarikat ayahnya. Mila berasa gementar. Selepas meletakkan keretanya di tempat disediakan,dia menjejak langkah pertama ke dalam bangunan tersebut.
Mila bersenyum kepada staf-staf yang dia nampak. Dia tak ingin dikatakan sombong.
Mila memasuki lift dan tekan nombor lima. Kata abangnya,ofis dia kat tingkat 5 dan mempunyai bilik sendiri. Hairan rasanya apabila dia seorang sahaja dalam lift tersebut. Tak penuh dan tak berebut.
Ting! 'Awak sekarang berada di tingkat lima'
Mila terus berjalan ke resepsi tingkat itu.
"Assalamualaikum Puan Ruzana," Mila memulakan bicara dengan memberi salam dan melihat tag nama receptionist tersebut. "Nama saya Camilla Ibrahim,staf baru jabatan ini." kata Mila lagi.
"Wa'alaikumsalam Cik Camilla... Kami sedang menanti kehadiran Cik pada hari ni," kata Puan Ruzana sambil senyum. "Saya tunjuk Cik ke ofis Cik ye.." Puan Ruzana mempelawanya.
Puan Ruzana memberitahunya bahawa tingkat ini hanya ada lima orang staf termasuk dirinya. Dua orang resepsi,dua orang pegawai Law & Management dan seorang ketua jabatan.Mereka juga merupakan peguam. Posisi Mila merupakan seorang pegawai yang menguruskan hal ehwal Law dan peguam jika mereka didakwah serta seorang psychologist.
-
"Boss,ini staf kita yang terbaru,Camilla Ibrahim." kata Puan Ruzana kepada seorang lelaki yang kira-kira berusia akhir 30-an.
"Saya Encik Zahir. Boleh panggil saya boss ataupun Zahir." kata ketua jabatan Law & Management sambil senyum.
Dengan mengangguk,Mila mengatakan,"Nice to meet you all."
-
"Doktor Faris,boleh saya tanya sesuatu?" tanya Maria semasa pesakit terakhir telah keluar.
"Haah. Awak sudah tanya saya sesuatu." sengih Faris.
"Hesy! Doktor ni...." Mariah mengomel,"Saya nak tanya...siapa itu Zahayu Zarifa? Saya notice tension kamu masa hari tu....." Mariah mula berbicara.
Wajah Faris berubah. Namun,Mariah itu seperti ibunya di hospital. Perempuan yang berumur 40-an itu sangat memahami dirinya.
"Dia....nak katakan bekas kekasih pun tak...kami dulu macam fling. Saya amat mencintai dia dan dia tahu..sampai hari ini pun rasanya tak berapa pudar." kata Faris,menceritakan tentang kisah 'cintanya'
"Tapi,dia meninggalkan saya untuk suaminya sekarang. One day,she said she loves me. Keesokannya,dia kata I tak sesuai untuk dia.Reject saya lagi semasa saya tanya dia jika dia mahu ke tak,jadi teman wanita saya." pilu hati Faris apabila teringat apa yang dia lalui pada masa dahulu.
Mariah berasa simpati untuk Faris. Selama bekerja dengan dia,dia dapat rasa Faris seorang yang baik dan ikhlas mengerjakan sesuatu. Bab agamanya pun tak kalah. Jika ada masa lapang,dia akan membaca Al-Quran atau Zikrullah.
"Mungkin,dia bukan jodoh mu doktor. Awak kena redha. Tawakal. Someone else who is better than Zahayu ada di luar sana untuk awak." nasihat Mariah,"Kan doktor dah nak ke Singapura. Mulakan kehidupan yang baru di sana." tambah Mariah lagi.
Tiba-tiba,Mariah teringat tentang hal Doktor ambil cuti kerana ada perjanjian dengan kawannya.
"Eh eh,doktor,satu soalan lagi." Mariah berasa teruja.
"Apa dia ya Puan Mariah?"
"Siapa kawan doktor yang doktor ada perjanjian dengan pada minggu lepas?"
Minggu lepas? Oh,Mila.
"Kawan baik saya,Mila yang baru balik ke Malaysia." Faris bersengih apabila menyebut nama Mila. Gadis yang ganas dan unpredictable!
Mariah berasa keliru. Tadi,bukan wajahnya tak main hitam! Sekarang,seperti disinar oleh matahari!
"Umm,teman wanita doktor ke?"
"Tak,tak Mariah dengar ke,saya cakap kawan baik." Sekarang,Faris yang berasa keliru dan menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Hmmm..Mila tu,ada pakwe ke?" Mariah ingin tahu. Jika Mila tidak mempunyai..siap betul jangkaannya!
"Hmm..rasanya tak. Tidak pernah Mila sebut kut."
"Berapa lama dah kamu kenal?"
"Sejak pertengahan sekolah menengah. Kira-kira 8 tahun. Eh,kenapa Mariah tanya banyak ni?"
Faris berasa hairan dengan segala soalan Mariah tentang Mila.
"Saya rasa Cik Mila ni suka doktor." terus terang Mariah menyatakan pendapatnya. Itulah Mariah,seorang yang terus terang dan sering bercakap tanpa censor mulut.
"Mila suka saya? Tak lah!" Faris bergelak. Tak mungkin Mila suka saya.
Namun,ada satu suara di dalam mindanya yang berkata,'What if she does? What will you do if she really does?'
Ish! Tak mungkin....Faris bersenyum.
Mariah,yang melihat gelagat Faris tu,tahu yang Faris suka Mila. Cuma dia sendiri tak tahu...
-
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...