"If happy is her,I'm happy for you."
Bab 35
Mila teragak-agak untuk masuk ke ofis Faris. Nak terus masuk? Atau ketuk pintu dahulu? Jika mengetuk,ada masa tak untuk mereka compose? Jika terus masuk,what if terdengar sesuatu yang tidak diingini?
'Lantaklah! Ingat Mila. Awak isteri sah dia. Awak ada hak. Masuk je lah! Percaya pada Faris' bisik hatinya.
Dengan lafaz Bismillah,Mila memusing tombol pintu itu dan melangkah masuk untuk memberi salam.
Namun,sebelum dia sempat mengatakannya,dia terdengar luahan Ayu yang membuatnya terkedu.
"Saya masih cintakan awak,Faris. Sangat-sangat cintakan awak."
Faris menoleh ke pintu ofisnya yang terbuka sedikit. Matanya terbuntang apabila melihat kelibat isterinya yang terkedu dan mulutnya telah membentuk huruf 'O'.
"Mila!" jerit Faris dengan terkejut. Namun Mila hanya memberinya satu senyuman yang tawar. Ayu yang mendengar jeritan Faris itu,turut memandang ke pintu.
Ayu berasa amat malu pada saat itu. Pantas sahaja dia mengambil begnya dan ingin keluar dari situ. Namun,niatnya terbatal apabila Mila merenung tajam ke matanya.
Mila berdehem,"Assalamualaikum korang. Ada ke saya mengacau sesi perjumpaan korang?" sinis sahaja Mila berkata.
"Waalaikumsalam. Tak,tak. Baru sahaja saya nak jalan...." jawab Ayu.
Faris hanya mendiamkan dirinya. Biarlah isterinya yang mengendalikan situasi tersebut. Karang kena marah pula kerana menyibuk.
"Not so fast Ayu. We need to talk. In the presence of Faris. Bukan ke awak tadi baru meluahkan perasaan awak?"
Ayu mendiamkan dirinya.
Mila melintas Ayu lalu melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Faris manakala Ayu duduk bersebelahan Mila.
"Sayang,awak dengarkan luahan cinta Ayu tadi? Tak? Now I want to hear what you're going to say." Mila menarik nafas. Tak tahulah apa yang akan dijawab oleh Faris. Namun dia tetap percaya dengan cinta mereka.
Faris melihat isterinya yang bersuara dengan tenteram sambil mengangkat kening.Hairan pula isterinya tidak mengamuk.
Faris berdehem,"Baiklah. Sayang,Ayu. Saya nak korang dengar baik-baik ni."
"Ayu," kata Faris sambil melihat perempuan itu,"Kaulah perempuan pertama yang aku pernah cintai. Kaulah yang pernah mengajar aku erti cinta. Dan kau juga yang mengajar aku betapa peritnya sebuah cinta."
"Mila,awaklah yang mengajar saya erti benar sebuah cinta yang tidak ada batasnya. You've supported me through my ups and downs. Sayanglah yang membawa kesinaran hidup untuk saya. And you're the last woman in my life whom I'll love,In shaa Allah." kata Faris sambil menggengam tangan Mila.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Ficção Adolescente"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...