Bab 46

3.5K 109 6
                                    

"Aku? Tidak,aku pasti yang aku bukan untuknya walaupun perasaan cintaku padanya semakin hari semakin menebal. Teringatku kata-kata ini. Sekiranya kita cintakan seseorang,bebaskan dia dan sekiranya dia kembali kepada kita,memang sudah ditakdirkan dia adalah untuk kita. Jika tidak,berbahagialah kerana dia bertemu dengan seseorang yang dicintainya." -M.A.I.D


Bab 46


Keluarga Mila dan Faris serta para sahabat mereka tumpang gembira dengan berita Mila telah mengandung. Hajat Tan Sri,Puan Sri,Dato' dan Datin untuk menimang cucu akhirnya tercapai juga.


Tinggal satu bulan lagi Mila dan Faris akan tinggal di Brunei. Perut Mila semakin hari semakin besar. Sudah dia berhenti bekerja atas suruhan suami dan keluarganya.


Doktor Jazila? Kini dia dah lenyap dari kehidupan Faris dan Mila...


Faris mengimbas kembali memori hari terakhir dia menjumpa perempuan itu pada beberapa bulan yang lalu...


"Doktor Faris saya cinta awak." kata Doktor Jazila.


Faris terbungkam,"Saya dah kahwin,Doktor Jazila. Saya cuma akan mencintai isteri saya."


"Tapi saya dah cinta awak sejak Universiti...Saya tak kisah jadi madu awak!" kata Doktor Jazila.


Faris berasa keliru. Universiti?


"Tak pernah saya tengok awak kut." jawab Faris.


"Kat walkway Universiti Putra Malaysia...awak yang mengembalikan pen saya...takkan awak tak ingat?" tanya Doktor Jazila.


UPM? Dia penuntut USM lah! Usul UPM pun dia tak tahu.


"Hah? Salah orang ke? Saya penuntut USM lah!" kata Faris.


Ya Allah...tolonglah hamba mu ni.


"Awak jangan tipu!" jerit Jazila,"Awak merupakan senior saya! Walaupun saya tak pernah tahu nama awak dan kawan-kawan saya pun tak kenal awak." Jazila mula menangis.


Faris mengusap-ngusap wajahnya. Dia mengeluarkan satu fail yang diletakkannya dalam laci yang dapat dikunci.


Dia membelek-belek fail itu,hingga menemui salinan sijil yang dia mencari.


"Cuba awak baca ni!" kata Faris dengan tegas.


Doktor Jazila mengambil fail itu daripada tangan Faris. Dia membaca sijil itu dengan teliti.


"What? How? Memang awak orang itu!" kata Doktor Jazila.


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now