Bab 48

3.1K 87 8
                                        

"The war has ended. But victory is not on my side.I'm tired of fighting and trying. I end up with cuts,wounds and unexpectedly lost to someone I least expected,yet I'm still alive. I can survive the outcome of this war because this war isn't even mine to begin with. I was merely interrupting the war." - Afira


Bab 48


Dengan beberapa percubaan,akhirnya Mila telah berjaya untuk membuka kelopak matanya. Dia menutup semua akibat cahaya lampu yang amat terang. Dia cuba untuk membukanya sekali lagi. Dia melihat sekelilingnya. Hospital?


Dia menoleh ke sebelah kanannya. Tubuh badan yang tidur di atas sofa mirip Hayral. Abang ke? Mila cuba untuk mengeluarkan suaranya. Namun,tekaknya berasa amat sakit. Amat dahaga.


Dia mencari butang untuk memanggil jururawat. Dia menekan butang itu.


Tidak lama kemudian,ada seorang jururawat yang masuk. Jururawat itu berasa amat gembira apabila mengetahui Mila telah sedarkan diri. Jururawat itu menyuakan Mila untuk meminum air lalu membangunkan Hayral.


Hayral segera membuka matanya selepas mendengar kata-kata jururawat. Mila telah bangun!


Dia memeluk adiknya dengan erat. Mila cuba membalas pelukan tersebut,namun gagal kerana tangannya masih lemah.


Hayral menelefon Dato Ibrahim dan Datin Hamizah. Berita yang baik disampaikan kepada mereka.


-


Selepas Doktor Kate memeriksa Mila,dia mengatakan bahawa semua okey. Mila cuma dihendaki melakukan rawatan fisioterapi untuk menguatkan otot-ototnya.


Doktor Kate juga mengatakan Mila amat bertuah kerana tidak kehilangan ingatan kerana apabila Mila menimpa kemalangan,impak di kepalanya amat kuat. Kalimah Alhamdulillah diucapkan oleh keluarga Mila. Mereka berasa amat syukur. Akhirnya,Mila sedar daripada komanya juga.


Selepas Doktor Kate meminta diri,ibu bapa dan abang Mila memeluknya. Group hug lah nak dikatakan.


"Ibu...." ujar Mila dengan lembut. Tekaknya masih berasa sedikit sakit.


"Ya,apa dia?" soal ibunya sambil membelai bahagian belakangnya.


"Manalah Faris? Kandungan Mila telah gugur ke?" tanya Mila. Dia ingin menangis jika terdapat sebarang yang tidak baik berlaku kepada mereka.


Ketiga-tiga pasang mata terbeliak dan melihat Mila dengan hairan.


"Siapa Faris? Mila tak mengandung kut! Hish merepek ..." kata Hayral. Hairan dengan penyoalaan Mila.


"Suami Mila kut...." kata Mila dengan tidak puas hati. Adik ipar sendiri pun tak kenal!


"Suami?!" Ketiga-tiga suara itu teriak menyebabkan Mila menjadi keliru. Takkan mereka tidak kenal Faris kut?


"Hayral panggil Doktor Kate lagi.." kata Hayral lalu keluar dari bilik tersebut.


-


"Camilla,can you tell me what year are we in? How old are you and when is your birthday?" soal Doktor Kate. Dia berasa hairan. Kerana menurut pemeriksaan mereka,tidak ada sebarang masalah dengan Mila.


"Year 2019...My birthday is on October 10 and I'm 27 years old." kata Mila.


Doktor Kate dan keluarga Mila saling berpandangan. Dato Ibrahim mengangguk.


"Camilla...it's year 2014. You're still 22 years old." ujar Doktor Kate.


"Banar kah ni?" tanya Mila. Slang Brunei Mila telah keluar.


Hayral menunjukkan Mila kalendar yang berada di telefonnya. Mila bermula untuk menangis. Takkan semua perkara itu...hanya mimpi sewaktu dia koma? Tidak! It has to be true!


Dia tidak berkahwin dengan Faris? Dia tidak pernah bekerja di Ibrahim Holdings? Faris tidak membalas cintanya? Dia tidak pernah bertemu dengan rakan-rakan sekerjanya? Tidak!


"Mila tak percaya! Mila tahu korang menipu Mila. Sekurang-kurangnya,bagitau Mila yang Mila sudah menerima ijazah kat UBD.." kata Mila. Air matanya hendak mengalir.


Mereka menggeleng kepala,"Final year?" tanya Mila lagi.


"Tak. Masih third year." jawab Hayral.


"Bila Mila kemalangan ni?" soal Mila. Dia tidak percaya! Takkan semua itu hanya mimpi? Mimpi yang berasa amat benar. Namun Mila tahu,mimpi tersebut berasa terlalu indah untuk menjadi benar. Manalah Faris akan membalas cintanya..


"Hampir tiga bulan yang lalu."


"Macam mana pul--"


"Assalamualaikum." Suara yang baru menyapa mereka yang berada di dalam bilik. Mila menoleh ke pintu. Bukan ke itu suara asing yang saya tidak dapat kenali?


Salam tersebut dijawab. Doktor Kate meminta izin untuk keluar.


"Siapa ni?" tanya Mila.


"Kami memberi korang privasi." kata Hayral lalu keluar bersama ibu bapa mereka.


Setelah mereka keluar,Mila melihat lelaki itu. Tampan juga..boleh berlawan dengan Faris juga. Dengan wajah yang hensem dan tubuh yang agak tinggi. Hmm,apa keturunannya?


"Nama saya Awangku Raimi Arshad bin Pengiran Ahmad Zafri,panggil Ray saja. " jawab lelaki itu.


Mila mengangguk.


"Aku tahu mungkin awak mahu tahu apa yang telah terjadi kan?" tanya Raimi.


"Hmm.." jawab Mila.


"Baiklah. Are you ready?" tanya Raimi. Dia berasa gembira kerana akhirnya Mila berjaya membuka matanya juga.


"Au. Bagitau saja."


-





Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang