"Be a Khadijah in this tainted dunya." -Afira
"Takut panas matahari atau takut panas NERAKA? Pilihlah yang terbaik untuk akhiratmu."
Bab 43
(Sambungan Bab 40 selepas mimpi Mila)
"Kenapa Dok nak pilih Doktor Jazila dan bukan Doktor lain?" tanya Faris,dia berasa hairan.
Doktor Yahya bergelak. Dia sudah agak Faris akan tanya soalan itu,"Kerana prestasinya di rekod saya juga agak baik dan kerana itu,dia sudah lulus probation dia. Jangan pula awak beritahu dia. Jadi,menghantar di bertugas di Brunei itu cuma untuk memberinya pengalaman yang lebih dalam."
"Oh..begitu. Saya faham,Dok. Terima kasih ya. Saya akan bincang dengan isteri saya dan akan memberi Dok jawapan secepat mungkin." kata Faris. Dia berasa amat gembira dengan tawaran itu. Syukur kepadaMu ya Allah...
-
ZFaris : Sayang,ada berita baik...
ZFaris : Malam nanti kami bincang
ZFaris : Enjoy your work my lawyer!
Mila yang sedang membancuh Nescafe 3 in 1,terhenti apabila bunyi notification khas untuk Faris berbunyi.
Dia melihat teks suaminya itu dan senyum.
Zamilla : Baiklah doktor kesayangan I. Enjoy your work too!
Ringkas sahaja balasan Mila. Dia menghirup kopinya,fikirannya masih terngiang-ngiang dengan mimpinya tadi.
-
"Apa berita baik Ayang?" tanya Mila. Mereka berdua kini berbaring di atas sofa untuk menonton filem 'Fast & Furious 7' buat kali kedua.
"Ayang telah diberi tawaran untuk bekerja di Brunei selama setahun...lepas itu,balik ke sini dinaikkan pangkat kepada Senior Doktor!" kata Faris dengan teruja.
"Benar ke? Alhamdulillah! Sayang tak kisah je. Lagipun Abang Hayral ada kat Brunei,masalah transport dan tempat tinggal tak payah dirisaukan...Rumah kita ni boleh dijaga oleh Mak Timah" kata Mila.
"Kerja Mila macam mana?" tanya Faris.
"Haih,bolehlah sayang minta transfer ke Brunei selama setahun..Kan Ibrahim Holdings tu milik keluarga kita..." Mila senyum nakal.
Faris mencuit hidung isterinya,"Ya lah. Mentang-mentang adik bos,senang aje katanya."
Mila menjulur lidahnya,"Baiklah akan sayang beritahu abang Hayral esok..Bila kita pergi?" tanya Mila.
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Jugendliteratur"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...