Bab 29
Dua bulan kemudian
"Pihak lelaki dah sampai? Ada Faris tak?" tanya Mila kepada abangnya.
"Sudah. Faris tunggu dalam kereta." jawab Hayral.
Hari ini merupakan hari yang Mila akan dipinang. Dia berasa amat gementar. Haraplah semua akan terjadi..
-
"Kalau padi katakan padi,
tidaklah kami tertampi-tampi,
kalau sudi katakan sudi,
tidaklah kami ternanti-nanti.."
Tan Sri Zakaria berpantun.
"Pohon cempedak ditepi titi,
Pohon nangka buah sebiji,
Kalau sudah berkenan dihati,
Marilah kita mengikat janji.."
jawab Dato' Ibrahim.
Kedua-dua keluarga turut ketawa. Tak sangka pandai pulak mereka berpantun.
Kemudian mereka berbincang-bincang tentang mas kahwin,barang hantaran dan lain-lain lagi.
Acara pertunangan Faris dan Mila akan diadakan tiga hari kemudian di rumah Tan Sri Zakaria dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja. Kata Mila,dia tidak mahu acara tersebut disambut secara besar-besaran.
Tarikh pernikahan mereka juga telah ditetapkan.Majlis tersebut akan berlangsung sebulan selepas majlis pertunangan mereka.
"Jadi,semua okey?" tanya Tan Sri Zakaria setelah selesai membincangkan perkara-perkara penting.
"Ya. Alhamdulillah." jawab Dato' Ibrahim.
-
3 Hari Kemudian
"Maafkan sikap mama sebelum ni. Cuma nak perhatikan jika Mila sesuai tak untuk Faris. Panggillah mama. Tidak lama lagi Mila akan menjadi menantu mama.." kata Puan Sri Surraya selepas menyarung cincin ke jari manis Mila.
Mila menyalam bakal ibu mertuanya itu lalu memeluknya dengan erat.
"Alhamdulillah ma..Mila fikir mama tak suka Mila.." kata Mila dengan jujur.
"Hish,siapalah tak suka Mila ..."
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Dla nastolatków"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...