Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya."
(H.R Baihaqi)
Bab 44
Doktor Jazila berasa amat gembira apabila mengetahui bahawa dia ditawarkan untuk bertugas di Brunei,tambahan lagi,bertugas dengan Faris!
Dia sedang menunggu lelaki itu di KLIA. Manalah lelaki itu....
-
"Yes mama,papa. Kami akan menjaga diri kat Brunei." jawab Mila kepada mertuanya.
Ibu bapa Mila telah pergi ke Brunei dua hari yang lalu.
"Yo bro,sis,jaga diri tau." kata Aqmar lalu dia dan Faris membuat 'bro-handshake'.
"Doktor Faris! Sini!" jerit suara seorang perempuan sambil melambai-lambai. Oh,Doktor Jazila. Mila hanya menjeling.
Faris hanya mengangguk.
"Siapa tu Mila?" tanya Puan Sri Surraya kepada menantunya.
"Rakan sekerja Faris yang juga akan ke Brunei ma..." jawab Mila.
Puan Sri Surraya dapat merasakan sesuatu yang tidak baik daripada perempuan itu.
"Mila jaga-jaga tau.." nasihat Puan Sri Surraya.
"Okey ma..Mama juga dapat merasa ya?" bisik Mila.
Puan Sri Surraya hanya mengangguk. Dia menepuk bahu menantunya.
Faris dan Mila bersalam dengan mama dan papa mereka lalu mereka pun check in.
-
'Tak sangka pula Isteri Faris ni ikut bersama' desis hati kecil Jazila.
Dia fikir bahawa Mila merupakan seorang yang sederhana yang berjaya tangkap hati seorang doktor. Namun fikirannya itu salah apabila mengetahui latar belakang perempuan itu. Anak seorang Dato'. Ibrahim Holdings merupakan milik keluarga Camilla serta perempuan itu adalah peguam!
Lagi tambah benci perasaan di hatinya. Kenapalah dia bukan budak kampung?
Hatinya berasa sedih apabila mengetahui kedudukan mereka di kapal terbang berjauhan. Namun,dia masih dapat melihat kepala lelaki itu dari tempat duduknya...
Its gonna be a long two hours flight.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...