Maybe,he's not the one for me. But why can't I let him go?
Bab 28
"Kenapa awak tak beritahu kita dinner bersama ibu bapa awak?" Tanya Mila dengan nervous.
'Manalah tak nervous,mereka berkemungkinan menjadi mertua saya!' bebel hati Mila.
"Bukan hal besar pun." Selamba jawab Faris.
"Hah? Karang mereka tak suka saya,awak kata bukan hal besar?"
"Oh,they will definitely like you. Trust me." Kata Faris.
Dia membelek-belek menu di hadapannya.
'Nak makan spaghetti bolognese ke beef lasagna?' fikir Faris.
Faris memandang ke hadapan,lihatnya Mila yang sedang fokus melihat telefon bimbitnya. Dia hampir terketawa apabila melihat pakaian Mila pada malam ni.
Dia memberitahu Mila untuk memakai pakaian formal. Ini,dia memakai baju kurung yang bercorak bunga ros serta tudung bawal berwarna burgundy red. Macam nak menghadiri resepsi perkahwinan pulak.
Namun,Mila tetap kelihatan cantik di pandangannya. Dia tak sabar nak meminang Mila dan seterusnya akad nikah hingga ke Jannatul Firdaus. In shaa Allah.
"Faris," Faris sedar dari lamunannya apabila terdengar seseorang menyebut namanya. Rupa-rupanya,mamanya yang menyebut.
"Asalamualaikum ma,pa." Kata Faris sambil bersalam dengan ibu bapanya.
"Ini Camilla," katanya sambil menunjuk ke Mila. Dengan segera,Mila menyapa ibu bapa Faris itu dan bersalam dengan ibunya.
"Tan Sri,Puan Sri,apa khabar?" Tanya Mila dengan sopan.
Kini mereka semua sudah duduk. Mila di sebelah ibu Faris manakala Faris bertentangan dengannya.
Tan Sri Zakaria terus ketawa,"Camilla,tak payahlah panggil saya dengan gelaran. Uncle Zakaria atau papa,ikut panggilan Faris juga okey."
Mila senyum selepas mendengar kata-kata Tan Sri Zakaria. Macam..dia telah menerima dirinya sebagai bakal menantu..
Sebaliknya,Puan Sri Surraya sedang memerhatikan Mila dengan serius.
"Apa nama penuh awak? Berapa orang adik-beradik?" tanya Puan Sri Surraya. Seperti polis pulak..
"Nama saya Zara Camilla Dato' Ibrahim. Seorang abang." jawab Mila dengan sopan.
"Hmm.."
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Ficção Adolescente"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...