Bab 25

4K 118 2
                                    

Assalamualaikum semua! Maafkan saya atas super super delay update.I'm so sorry :( . Lepas exam,banyak kerja pula diassignkan.


 Selamat menunaikan ibadah puasa! :) Semoga Allah memberkati kalian dalam bulan yang mulia ini.


-


Bab 25

Kuala Lumpur ( Fast forward ke waktu Faris kembali ke KL-lebih kurang setahun dari bab 24) 


30 Jun 2018


"Assalamualaikum ma,pa." ujar Faris sebaik sahaja nampak kedua-dua ibu bapanya di KLIA. Kini,tiga tahun sudah berlalu semenjak dia meninggalkan bumi Malaysia. Namun,Faris berasa hanya kelmarin dia berada di Malaysia.


"Wa'alaikumsalam Faris,how was your flight?" tanya Tan Sri Zakaria pula dalam bahasa Inggeris,sambil memeluk anaknya itu.


"Alhamdulillah pa,semua okey." Faris memeluk ibunya yang wajahnya kelihatan hendak menangis. Manalah tidak,dia amat merindui anak lelakinya itu.


"Hesy,Surraya,anak kita tu baru balik,awak nak nangis pula." ngomel suaminya,"Jom,kita ke kereta." ajak Tan Sri Zakaria.


Dalam perjalanan balik ke rumah mereka,pelbagai soalan ditujukan kepada Faris oleh ibunya itu.


Ibunya memberitahu bahawa dia tidak sabar untuk menimang cucu dan mengegaskannya untuk kahwin. Faris cuma memberinya senyuman yang manis dan menyuruh ibunya jangan risau.


Faris dah ada pilihan,ma. Pasti ma akan suka bakal menantu ma itu. 


-


"Saya dah nak balik ni,Mila." kata Faris.


"Bila?" tanya Mila dengan teruja.


"Hmm..rahsia!" jawab Faris.


Perbualan Mila dengan Faris sebulan yang lalu berulang kali dimainkan di fikiran Mila.


Knock Knock


"Sila masuk." kata Mila secara ringkas. 


"Mila,dokumen ni,awak belum tandatangan." kata Zira.


"Oh. Maaf! Terlupa pula Mila." kata Mila sambil menandatangi dokumen tentang polisi baru Ibrahim Holdings itu


Zira menggeleng kepalanya. Mila ni selalu 'careless'. Nasib baik dokumen ni belum hantar ke Encik Hayral.


"Nah," kata Mila sambil menghulurkan dokumen tersebut kepada Zira,"Terima kasih ya!" katanya lagi.


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now