Bab 32

3.5K 106 3
                                        

Bab 32


"Guruku tersayang,

Guruku tercinta,

Tanpamu apa jadinya aku,

Tidak bisa baca tulis,

Mengerti banyak hal

Guruku,

Terima kasihku,

Nyatanya diriku,

Kadang buatmu marah,

Namun segala maaf

Kau berikan..."


Lantang suara semua pengawas dengan berirama apabila menyanyi lagu itu. Hari itu merupakan hari Sambutan Hari Guru di sekolah mereka. Mereka telah membuat keputusan untuk membuat persembahan nyanyian.


Yani dan Lee bernyanyi secara solo dan yang lain secara berkumpulan.


Posisi mereka di atas pentas telah disusun oleh Cikgu Haji Mustafa mengikut ketinggian masing-masing. 


Mila merupakan perempuan tertinggi dan Lee merupakan lelaki tertinggi. Oleh kerana Lee bernyanyi secara solo,terpaksalah Lee berdiri di hadapan mereka. 


Mila berdiri di sebelah Faris. Faris merupakan lelaki yang kedua tinggi selepas Lee. Berdebar-debar hati Mila apabila hendak berdiri di sebelahnya di hadapan khalayak ramai.


"Mila,nampaklah awak tu nervous. Relaks je." bisik Faris kepada Mila yang kelihatan wajahnya berkerut. 


Mila mengucapkan terima kasih dan senyum kepadanya.  


"Itulah persembahan nyanyian Guruku Tersayang daripada kumpulan pengawas!" kata pengacara majlis,Cikgu Nora.


Bunyi tepukan kedengaran daripada para hadirin dan mereka tunduk hormat lalu beredar ke belakang pentas. 


-


"Mila,Faris tu,pakwe awak ke?" tanya Diana,rakan sekelas Mila. 


Diana ingin tahu apa hubungan Mila dengan Faris kerana dia berasa hairan atas gelagat mereka di atas pentas. Berdiri dah terlalu dekat,berkali-kali bahu mereka tersentuh.


"Eh taklah. Merepeklah Diana ni.Dia cuma kawan dan ketua saya je." ketawa Mila. 


"Oh. Begitu ke? Serasilah korang ni." jawab Diana lalu masuk ke dalam kelas.


-


Mila teringat memori itu semasa terdengar lagu itu di radio pada pagi tadi. Pada hari itu,sekurang-kurangnya ada enam orang kawannya yang menyoal soalan yang sama. Dah jemu Mila menjawab tidak tapi mereka masih meragui jawapan Mila. 


Namun apabila dia ditanya oleh orang yang ke-enam,Mila sudah berasa menyampah. Dia terus sahaja mengiakan soalan Azurin.


Ternyata betapa terkejut Azurin berasa kerana perempuan itu terus bertanya," Benar ke? Korang couple ke?" tanyanya dengan mata yang terbeliak.


Mila hampir tergelak melihat wajah Azurin,namun dia cuma menahan ketawanya.


"Taklah Zur. Saja nak tengok reaksi awak." kata Mila.


Azurin terpinga-pinga seperti tidak percaya apa yang telah dikatakan oleh Mila.


'Azurin ada hati kat Faris ke? Seperti lain je reaksinya....' bisik hati Mila.


Mila terus pergi ke bilik mesyuarat pengawas. Dia memberi salam lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Di dalam bilik itu cuma ada Udin dan Faris.


"Ris. Bosanlah saya. Sepanjang hari saya ditanya jika awak pakwe saya." rungut Mila.


"Sama dengan sayalah dengan kawan-kawan saya. Siap-siap ada juga dua tiga junior yang tanya saya. Ni,baru saya rungut kat Udin." jawab Faris.


"Tapi jika saya mereka,saya turut berasa hairanlah." kata Udin sambil membelek-belek fail.


"Kenapa kut?"  tanya Mila dan Faris pada masa yang sama.


"Korang kadang-kadang seperti pakwe makwe lah. Keliru saya juga. Wajah korang pun kan seiras. Kata orang tua,wajah seiras tu jodoh kuat tau!" jawab Udin.


Faris ketawa terbahak-bahak,"Jika wajah saya seiras dengan Angelina Jolie tu,takan jodoh kami kuat kut?" seloroh Faris.


"Ish,ke situ pula dia." jawab Udin.


Mila tidak menjawab apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri dan menjadi pendengar yang setia  perbualan Faris dengan Udin. 


-


Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang