Bab 5

6.1K 198 4
                                    

"Manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Hargailah mereka yang berbuat baik kepadamu dan doakanlah yang terbaik bagi mereka yang berbuat jahat kepadamu." - Afira


Bab 5


"Mila,sini." Faris melambai apabila nampak batang hidung Mila masuk ke dalam restoran.


"Assalamualaikum Faris." menyapa Mila .


"Wa'alaikumsalam. Sila duduk Cik Mila." 


"How are you? Awak okey?" Mila bertanya.


"Alhamdulillah,I'm good. Awak?" tanya Faris pula.


"Alhamdulillah. Good as well." jawab Mila. Setelah setahun dia tidak nampak wajah Faris,dia turut merenung wajahnya.Kirai masih tebal....Bulu mata yang lantik....Matanya yang agak sepet ...


"Ada apa-apa di muka saya ke?" tanya Faris yang menyebabkan Mila sedar dari lamunannya.


Malunye.....Kedapatan! "Oh tak de apapa...." jawab Mila selamba,tutup malu lah kononnya..


Faris menyignal supaya pelayan di restoran itu ke situ dan mereka turut menempah makan dan minuman mereka. 


Selepas makan,mereka berbual-bual sepanjang petang itu. Faris turut menceritakan bahawa Ayu merupakan salah satu pesakitnya dan khabar yang dia telah disahkan mengandung. Manakala,Mila memberitahunya bahawa dia telah graduate dan akan menjadi salah satu peguam di syarikat ayahnya yang terletak di Kuala Lumpur.


Abangnya,Hayral,telah memujuknya untuk tinggal di Negara Brunei bersamanya untuk menguruskan cawangan di situ. Namun,Mila memang nak balik ke Malaysia. Jadi,dia telah diamanahkan untuk menguruskan masalah-masalah under Jabatan Law & Management di cawangan Kuala Lumpur.


"Hari ini saya belanja awak makan. Kan,saya tak mungkir janji saya." Faris bersengih.


" Lepas ni,kita ke Pandora atau Tiffany & Co. Saya nak awak tolong saya dengan sesuatu." ajak Faris.


-


"Mila,rantai tangan mana yang lebih lawa?" tanya Faris,menunjukkan dua rantai tangan Pandora kepadanya.


"Hmmm,sebagai seorang perempuan,tentulah yang di kiri. Tetapi,saya rasa the one at Tiffany's lagi lawa." Mila jujur memberitahu pandangannya.


"Okey,jom. Kita balik ke sana. Terima kasih cik. Kami tak nak beli. Maaf ya." kata Faris.


Pekerja-pekerja di Pandora menggelengkan kepala mereka. Comellah gelagat dua orang tu! She's clearly smitten by him.  Salah satu pekerja bermonolog.


Mila berjalan di belakang Faris. Apesal mamat ni....


Apabila tiba di Tiffany & Co, Faris menyuruh Mila mencuba rantai tangan tu untuk melihat saiznya betul ke tak. Katanya,nak belikan untuk seorang istimewa di dalam hidupnya. Lepas itu,dia terus membeli rantai tangan itu.


Akhirnya,mereka balik mengikut jalan masing-masing....


'Siapa orang istimewa itu?' Mila bermonolog selepas bayangnya tidak kelihatan lagi..


-


Rumah banglo yang dibelikan oleh Dato' Ibrahim yang akan dihadiahinya ke Mila belum siap mengubahsuai,oleh itu terpaksa Mila menginap di hotel buat sementara waktu. 


Mujurlah kereta Audi A4 yang berwarna putih yang dibelikan oleh abangnya telah sampai seminggu sebelum dia balik. Pekerja Audi telah menghantarkan keretanya ke KLIA. Oleh kerana itulah,dia tak minta sesiapa untuk menjemputnya.


ZFaris: Assalamualaikum Mila,Awak kini tinggal kat mana?

Mila,yang baru keluar dari bilik mandi terdengar ringtone whatsapp nya berbunyi. Dia senyum apabila nampak teks yang baru hantar oleh Faris.

Zamilla: Wa'alaikumsalam Ris. Sekarang saya menginap di Fahrenheit,rumah belum siap renovation.

ZFaris: Room number? 

Mengapa dia tanya nombor bilikku? Hmm...

ZFaris: Nak hantar sesuatu kat awak.

Oh...

Zamilla: 130A

ZFaris : Okey,thank you. Good night. Assalamualaikum

Zamilla : Sama-sama. You too. Wa'alaikumsalam.


-


Ding dong. Ding dong. Diiiiiiiing Dong.


Mila terbangun daripada tidurnya selepas solat subuh. Dia melihat jam di dinding. Rupa-rupanya,baru pukul 9 pagi...


Selepas memakai tudung express lalu dia membuka pintu. Terdapat seorang pekerja perempuan yang menghulurkan tangannya supaya Mila dapat ambil sebuah kota biru-biruan serta surat dari tangannya.


"Cik Camilla Ibrahim?" pekerja itu tanya. Mila mengangguk.


"Dari siapa ni,Cik?" Mila bertanyakan pekerja itu.


"Maaf Cik,saya tak tahu. Cuma seorang lelaki datang ke resepsi dan memesankan untuk memberikan Cik. " jelas pekerja itu. 


"Oh...okey. Terima kasih ya." Mila memberi senyuman kepada pekerja itu lalu mengambil kotak dan surat tersebut lalu menutup pintu.


-



Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now