Bab 9

5.3K 158 3
                                        

"10 selawat pada waktu pagi dan 10 selawat pada waktu petang kepada Nabi Muhammad,in Shaa Allah akan diberi syafaat oleh Baginda ketika hari Qiamat nanti."


Bab 9


'Bukankah perempuan yang tadi tu,Camilla? ' Ayu bermonolog. Dia baru habis check up dari Unit Gynaecology yang terletak di tingkat G.


Dia mahu berjumpa Faris untuk meminta maaf atas kesilapannya pada beberapa tahun yang lalu. Betapa kesalnya,dia meninggalkan Faris. 


Manalah dia tahu,akan terserempak dengan Camilla.Ya,dia masih ingat perempuan tu. Kerana dulu,Camilla pernah memujuknya berkali-kali untuk kembali ke sisi Faris.


Dia melihat Mila yang berjalan ke pintu bilik Faris dan melihat gelagat mereka bedua.


'Apakah hubungan mereka?' 'Adakah kawan yang disebut oleh Nurse Mariah tu,Camilla?' Ayu bermonolog.


Ayu melihat wajah Faris yang berubah seri apabila ternampak Mila. The way he used to looked at me.


"Saya rasa wanita itu confirm teman wanita Doktor Faris." Ayu terdengar kata salah seorang Doktor.


"Sangat anggun wanita itu. Usulnya tak sombong juga dari cara dia berbicara dengan saya." kata seorang pekerja.


Selepas mereka berdua masuk,Nurse Mariah pula keluar dan Ayu turut keluar dari tempat itu.


-


Faris membuka sikit langsirnya yang menghadap hallway hospital. Takut kena fitnah. 


"Apa ada Mila,sampai awak ke hospital nak jumpa saya?" Faris memulakan bicara setelah duduk.


"Saya telah order pizza! Half honey garlic and half tuna delight. Kegemaran awak. Mila kesianlah awak ni. Dari text tu macam sedih je." kata Mila bersengih,sambil menunjukkan kotak 'Pizza Hut'


Faris ketawa,"Saya gurau je. Tapi baiklah,dapat makan piza percuma." usik Faris.


"Awak ni kan....." Mila menunjukkan fist nya. Ala-ala orang kan menumbuk.


Lagi Faris bertambah ketawa. "Habit showing fist and don't punch masih ada ke?" 


'Pak!' 


"Aduh! Kenapa tu?" tanya Faris sambil mengurut tangannya yang ditumbuk oleh Mila.


"Iatah kau tu nah! Capi-capi lagi." kata Mila dalam bahasa Brunei.


Faris hanya senyum. Dia tahu bahawa kata ganti nama diri 'aku kau' di Brunei,bukan kasar,tapi cara komunikasi mereka adalah macam tu. Siap Mila mengdrillkan perkataan-perkataan Brunei yang dia selalu cakap agar saya tak rasa bingung atau terasa.

Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang