"Tapi,adakah kau tahu,rasanya untuk mencintai,namun bertahn untuk tidak memiliki? Bertahan untuk tidak mengungkapkan? Percayalah bahawa ini lebih buruk dari sekadar...patah hati."
Bab 49
Mila memandang siling. Dia tidak sangka semua perkara yang indah,merupakan mimpi. Dia tidak dapat menerima fakta bahawa dia tidak pernah mengikat satu ikatan yang sah dengan Faris. Dia telah meminjam telefon Raimi untuk melayari Facebook selepas mendengar apa yang telah terjadi.
Timeline Mila penuh dengan ucapan agar Mila cepat sembuh. Dia membuka inbox. Ternyata ada satu mesej daripada Faris Zakaria.
Faris Zakaria : Assalamualaikum Mila. Saya dengar awak timpa kemalangan.
Faris Zakaria : Saya doakan awak cepat sembuh! Kuatkan diri!
Faris Zakaria : Pasti awak ingat call kita sebelum kemalangan awak. Tentang Ayu sudah bertunang dengan Daniel.
Faris Zakaria : Saya ada berita baik nak kongsi dengan awak ni...
Faris Zakaria : Tak sangka,saya terjumpa Shaheera semasa bersiar-siar kat Mid-Valley. Ingat tak,Shaheera yang sekelas dengan Udin dahulu? Saya dan dia telah bertunang. Keluarga saya juga suka dia. Kami akan berkahwin tidak lama lagi. Mesti awak datang okey! Saya akan mengirim kad jemputan awak ke Brunei nanti.
Mila membalasnya acuh tak acuh. Tak sangka,lelaki yang dia pertama cintai,telah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang lain. Mila tidak sangka selepas Zahayu,Faris akan menemui cintanya dengan pantas. Lebih-lebih lagi hendak kahwin bersamanya.
Mila menekan butang untuk melihat profile Facebook Faris.
'Faris Zakaria is engaged to Shaheera Firzana.'
Mila menekan gambar profile Faris. Gambar Faris dan Shaheera. Gambar sewaktu Hari Jadi Faris. Mereka berdua berdiri bersebelahan dan Shaheera sedang memegang sebiji kek. Senyuman ikhlas dipamerkan oleh mereka.
Mila nampak Faris kelihatan amat bahagia. Dia hanya mampu berdoa agar Shaheera melayan Faris dengan baik. Tidak seperti layanan Zahayu terhadap Faris kerana Mila tahu. Mila tahu Faris layak seorang perempuan baik yang pandai menjaga hatinya.
Semakin dia memandang gambar tersebut,semakin serasi pula mereka. Hatinya berkecai. Namun,apa dayanya untuk menghalang perasaan cinta yang telah berputik di hati Faris? Jika Faris yakin bahawa Shaheera terbaik untuknya,Mila akan doakan terbaik untuknya. Tak mengapa jika dia berasa sedih. Asalkan Faris berasa bahagia.
'Saya berharap awak bahagia dengan dia,walaupun saya selalu di sini berkorban untuk awak,awak tidak pernah lihat dan hargai....' bisik hati kecil Mila.
Mila mengeluh. Terbaca pula quotes yang telah dikongsikan oleh seorang kawannya,Anna Wahirah.
'I know I'll never make you as happy as you were with her,but sometimes,I like to think that we could have had that and so much more. But who can really blame you? She's amazing and I'm only me.'

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Ficção Adolescente"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...