"Allah knows who belongs in your life and who doesn't. Trust and let go. Whoever is meant to be there,will still be there."
Bab 55
Mila dan Raimi memakai pakaian yang warna sedondon. Warna pink menjadi pilihan mereka. Well,lebih kepada pilihan Raimi. Gara-gara bekas tersebut pada tiga bulan yang lalu.
Shawl berwarna navy blue dililit dengan kemas lalu dicucuk dengan pin. Mila melihat cermin untuk kali terakhir sebelum mengambil beg Chanelnya yang dibelikan oleh Raimi semasa bertugas di Singapura selama empat hari.
"Okey ke?" tanya Mila. Takut penampilannya pada malam ni agak keterlaluan.
Ray memandang Mila dari atas hingga ke bawah,"Beautiful as always,Zaraa." katanya sambil memberi Mila senyuman nakal lalu mengenyit matanya.
Mila menjeling,perangai buaya suaminya dah muncul."Kesat senyuman abang tu," katanya sambil memberi Raimi tisu dan bergelak kecil,"Teksi dah tunggu di bawah ni...Jom!" ajak Mila. Kesian pula pemandu teksi tunggu lama.
Mila memaut tangannya dengan Ray dan mereka berdua berjalan keluar dari bilik hotel itu.
-
Lebih kurang 15 minit,mereka tiba di Dewan Perdana Felda. Mila berasa gelisah. Kali pertama dia akan bertemu dengan mamat itu selepas setahun lebih. Selepas kemalangan itu. Selepas dia mengetahui perkara itu. Selepas dia....berkahwin.
Dia langsung tidak beritahu Faris bahawa dia telah kahwin. Faris juga tidak mengambil berat tentang dirinya. Namun,tak tahulah jika Faris tahu melalui gambar-gambar yang telah dimuatnaik ke Facebook oleh orang lain.
"Zaraa,look at me. Don't be nervous,okay? I'm here with you." ujar Ray. Mila mengangguk lalu memegang tangan Ray dengan lebih kuat.
"Mila! Raimi! Sini!" pekik Yani. Yani yang duduk di sofa sebelum masuk ke dewan resepsi itu melambai-lambai tatkala melihat kelibat mereka.
Mila dan Ray membalas lambaian tersebut lalu berjalan menuju ke Yani.
-
"Mama....Faris nervous." ujar Faris sambil melihat cermin. Penampilannya pada malam itu disemak dengan teliti.
"Nak nervous tuk apa ni? Kan nikah dah selesai..tinggal resepsi ni je." balas Puan Sri Surraya.
"Ya lah,sayang. Tak payahlah nak nervous." ujar perempuan yang berjaya menakhluki hati Faris.
"Ya lah. Faris tak nervous nervous lagi ni." katanya. Senyuman yang dipamerkan oleh mama dan isterinya amat menenangkan. Dia turut membalas senyuman tersebut.
Knock Knock
"Masuk je. Pintu tak kunci." ujar Shaheera dengan lembut.
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...