"Melepaskan orang yang dicintai memang menyakiti,namun tak semua yang dicintai haru dimiliki."
Bab 12
KLIA
Waktu pagi telah berlalu dengan cepat. Kini,Mila berada di KLIA untuk menghantar Faris. Dia telah menyediakan hadiah serta surat untuk Faris. Jika perasaan Faris dengannya tak sama,maka surat itu akan diberinya. Jika sama,dia tidak akan memberi surat tu.
Allah knows best.
"Semua dah awak bawa?" tanya Mila.
Mila melihat Faris yang kini berdiri di hadapannya dan dua bagasi besar di belakang mamat tersebut.
"Ya sudah."
"Rakan sekerja awak tak datang ke?"
"Tak..mereka sudah mengadakan farewell party yesterday. Cuma awak yang hantar saya."
"Oh."
Tinggal dua jam lagi,kapal terbang yang bakal dinaiki oleh Faris akan terbang ke Singapura.
Sebentar lagi,Faris juga kena masuk.
"Faris?"
"Hmmm?"
"Saya nak bagitau awak sesuatu. Boleh tak kita pergi ke kafe tu?" tanya Mila.
'Macam serius je minah ni.... ' Faris bermonolog tetapi mengangguk kepalanya.
Mereka berjalan ke sana dan masing-masing juga mengambil tempat duduk.
"Awak,saya serius ni,faham? Tak joking." Mila mula berbicara.
"Okey.Okey. Pasal apa kut? Don't tell me you want to say you're in love with me for years." Sengih Faris,tanyanya dalam nada bergurau.
Mila diam. Tidak menjawabnya. Hanya mengekalkan eyecontact.
Faris berhenti bersengih. Takkan benar kut? Takkan spekulasi Mariah betul? Ini perkara yang dihintkan Aqmar pada malam pertama dia menjumpanya?
"Ya.Saya,Zara Camilla Binti Dato' Ibrahim mengaku bahawa perkara itu benar." Mila menunjukkan muka yang brave. Namun,apa yang dia rasa di hatinya,tiada siapa pula yang tahu kecuali Allah..
"Awak bergurau."
"Demi Allah,saya tak." Mila memberi senyuman yang tawar. Dia sudah dapat teka inilah respon dari mamat tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...