Bab 40

3.2K 90 1
                                        

"Jika benar berjodoh,tiada siapa yang boleh menghalang. Dan jika benar takdir,tiada apa yang dapat mengubahnya. Yang penting,redha."


Bab 40


"Semenjak Mila kahwin ni,muka asyik senyum je." usik Zira. 


"Eleh,katakan orang,diri pun sama je." sindir Mila.


Zira cuma menjulur lidahnya," Anyway,nak bertanya. Paperworks Terms & Condition untuk Syarikat Fortunez dah siap berbuat ke?"


"Dah. Semua dah saya emel kepada Bos." jawab Mila.


"Ira,karang lunch nak makan apa?" tanya suami setia si Zira. 


"Abang,nak makan lasagna." jawab Zira. Sejak tiga bulan yang lalu,Zira telah mengetahui bahawa dirinya mengandung dan asyik mengidam sahaja. Sikap Rayyan terhadap Zira bertambah prihatin dan asyik sahaja menyoal apa yang dia nak makan.


"Okey." senyum Rayyan,"Mila nak join?" ajak Rayyan.


"Taklah,korang enjoy. Thanks. Saya dah ada janji dengan kawan."


Pasangan bagai pinang dibelah dua itu hanya mengangguk lalu beredar ke ofis masing-masing. 


-


"Assalamualaikum Mil,lama dah you tunggu ke?"


"Waalaikumsalam,taklah."


"Mil dah pesan makanan ke? Ada tak awak baca teks I..."


"Dah Puan Liyani.."


Tidak lama kemudian,makanan yang dipesan oleh Mila pun tiba. Mereka menikmati jamuan mereka.


"Mila...sebenarnya,I ajak you lunch ni ada tujuan..." Yani mula berbicara. 


Mila berhenti mengesat bibirnya. Macam serius je minah ni...


"Apehal? Awak janganlah takutkan saya..." kata Mila.


"Okey,macam ni. You jangan pula panik...cuma prediction I je.." kata Yani. Well,here goes nothing...


"Kan,tiga hari yang lalu I ke hospital yang Faris bekerja untuk checkup I. Lepas tu,ingin I terus memberi cenderamata Mirul dan I dari Indonesia tuk korang kepada Faris..." Yani mengeluarkan dua pasang kain dari begnya lalu memberinya kepada Mila.


"Terima kasih! Lawa sangat." Bibir Mila mengukir senyuman.


Yani berdehem lalu sambung dengan ayatnya,"Then kat hallway I nampak Faris keluar dari ofisnya. Bukan itu yang I hairan. Yang I hairan ialah ada perempuan yang turut keluar dari ofis suami you tu. Juga bukan itulah yang I hairan,kerana perempuan tu macam doktor kut..."


"Then,apa yang awak hairan ni?" tanya Mila,keliru dengan kata-kata Yani hingga dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"So,I lintas je lah perempuan tu. Tapi I ada juga memandangnya. Let's just say,saya tak suka renungan dia terhadap Faris. Lain rasanya kut. Hingga seram sejuklah badan I oleh dia. Sampai ada lelaki ni memanggil dia berkali-kali barulah dia sedar..." 


"Maksud awak,kemungkinan doktor perempuan tu ada hati kat Faris? Ada tak awak dengar nama doktor tu?" kata Mila. Jantungnya berdebar-debar dengan laju. Janganlah perempuan tu ada hati kat Faris...Tahulah rupa suami dia tu tak kalah model.


Yani mengangguk,"Tapi itu cuma prediction I.Jika tak silap,lelaki tu panggil dia Doktor Jazila."


-


"Doktor Faris,Doktor Yahya ingin jumpa awak kat ofisnya." kata Lily yang terserempak dengan Faris di kantin hospital.


"Baiklah. Terima kasih Lily."


Lima minit kemudian,Faris tiba di ofis Doktor Yahya.Takut pula jika dia ada silap membuat sesuatu.


Knock knock


"Sila masuk." 


Faris membuka pintu lalu memberi salam. Selepas salamnya dijawab,Doktor Yahya menjemput dirinya untuk duduk.


"Faris tahu sebab saya panggil awak?" tanya Doktor Yahya. 


Faris menggelengkan kepalanya,"Tak Dok..."


"Hmm,Pertama saya ingin tahu prestasi Doktor Jazila." 


"Boleh tahan Dok. Rajin,mengikut arahan serta gemar belajar perkara baru." kata Faris. Dia sendiri pun kagum dengan prestasi perempuan itu.


Doktor Yahya mengangguk,"Faris. Saya ada tawaran untuk awak. Antara semua doktor,awaklah doktor yang paling saya gemari. Jangan pula awak beritahu yang lain.." gelak Doktor Yahya.


"Tawaran yang ingin saya beritahu ialah,awak telah dipilih untuk bertugas di Brunei Darussalam selama setahun. Lepastu,awak balik sini,pangkat awak akan dinaikkan kepada Senior Doktor." kata Doktor Yahya.


"Err,saya seorang je?" tanya Faris.


"Tak,bersama Doktor Jazila selepas period probation dia."


-


"Pernah lah saya dengar nama tu...Eh,kata Faris,dia budak probation under dia." kata Mila.


Yani memberinya senyuman yang tawar,"You jangan fikir banyak ni. Itu cuma apa yang I fikir je. Tapi kerana hati I tak tenteram selagi tak beritahu you,oleh tu I ajak you..Tapi jangan you risau lah. Bukan you tak kenal dengan peribadi Faris yang 'ais batu' terhadap perempuan." 


"Hmm,yalah. Thank you Yan,for telling me all this. Saya akan berhati-hati..."


"No hal,kan kita kawan baik.." senyum Yani.


Mila mengangguk lalu Mila pun membayar bil makanan tersebut. Kata Mila,ingin dia belanja Yani makan kerana memberitahunya perkara tersebut.


Perjalanan Mila balik ke ofis membuatnya memikirkan yang bukan-bukan.


Ya Allah,jika apa yang dikatakan oleh Yani itu benar,tolonglah hamba mu ni...




Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang