Bab 56

4K 99 3
                                    

Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi
Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..

Tetapi saat cinta itu dimatikan, kamu tidak perlu mati bersamanya..


Bab 56


Bunyi tombol pintu dipusing menandakan ada orang yang hendak masuk. Faris menoleh ke pintu. Mamanya telah pergi ke dewan untuk melayan tetamu manakala Shaheera berada di bilik sebelah untuk 'touch-up' makeupnya.


Satu per satu figura masuk ke dalam bilik tersebut. Rupa-rupanya,'team mates' nya pada masa dahulu. Faris memberi salam lalu meneliti wajah mereka. Semua wajah dia kenal kecuali lelaki yang bersebelahan dengan Mila.


Kening kiri diangkat oleh Faris apabila bertentangan mata dengan Mila.Hairan tahap maksima. Sudahlah warna pakaian mereka sedondon,Mila pula memaut lengan mamat tu.


"Err,Faris...ini Raimi Arshad,suami saya." kata Mila. Mata Faris terbeliak. Suami?? 


Faris berdehem,"Saya Faris Zakaria." katanya dengan selamba.


Raimi dan Faris berjabat tangan. Mata mereka bertentangan. 


Jantung Mila berdebar dengan kuat. Dia ingat dia boleh menghadapi lelaki itu tanpa mengingati masa silam. Namun,semua memori tetap terngiang-ngiang di mindanya. Mila cuba menepis memori-memori tesebut. Nasib dia berjaya setelah beberapa saat berlalu.


Amirul merupakan orang pertama untuk berbicara selepas itu. Dia mengucapkan tahniah kepada Faris. Selepas Amirul,semua orang turut mengucapkan tahniah. Mereka semua tumpang gembira untuknya,terutamanya Mila. 


Mila berasa amat gembira apabila nampak Faris senyum dengan ikhlas.Wajahnya juga nampak amat ceria. Ternyata,Faris berasa bahagia bersama Shaheera. Mereka semua sempat bergambar dan berborak dengan Faris sebelum mulanya acara pada malam itu.


Suasana dalam bilik tersebut amat meriah. Gurau senda dan bunyi gelakkan dapat didengar.


-


Sebelum kakinya menjejak langkah masuk ke dalam bilik yang riuh rendah,dia menghela nafas dan menghembusnya. Selepas mengukir satu senyuman,dia membuka pintu itu dan memberi salam. 


Serentak mereka menjawab salam. Shaheera duduk bersebelahan dengan Faris. Dia mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi menghadiri majlis perkahwinannya dengan Faris.


Renungan tajam diberikan kepada Mila. Mila berasa sedikit pelik dengan renungan tersebut. Namun,bibir Mila mengukir senyuman yang agak terpaksa dan dihadiahkan kepada Shaheera.


'"Ai! Sayang,lipstick I sedikit comot ni," kata Shaheera,menarik perhatian Faris yang berbual dengan Lee dan Tina,"I minta izin untuk ke sebelah untuk touch-up sikit,ye?"


Faris mengangguk dan sambung berbual dengan mereka.


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now