"It's so much easier to act like none of this matters and to pretend to wear a smile than to confess my heart is broken from losing someone who was never even mine."
Bab 54
Kuala Lumpur
"Yani! Thanks for picking us up." ujar Mila sambil memeluk sahabatnya.
"No hal lah Mil. Siapa ni?" tanya Yani. Dia ingin tahu siapa lelaki yang berdiri di sebelah Mila. Syok je,tangan diletakkan di atas bahu Mila.
"Takkan awak lupa kut. Suami saya lah! Raimi Arshad," kata Mila,"Abang,ini kawan Zaraa dulu. Liyani Mawaddah.Kami sama-sama pengawas waktu sekolah menengah." Mila memperkenalkan mereka.
Mata Yani terbeliak setelah mendengar kata-kata Mila. Selama ini dia fikir Mila sedang menipu apabila Mila memberitahu dirinya bahawa dia telah kahwin!
Yani mengangkat keningnya sambil melihat Mila. Mila amat memahami isyarat Yani itu.
"I'll tell you the whole story soon." kata Mila sambil menepuk bahu Yani.
Mereka bertiga masuk ke dalam kereta Yani lalu Yani pun menghantar mereka balik ke Hotel Grand Millennium yang terletak di Jalan Bukit Bintang.
Mila tidak ingin balik ke rumah Selangor mereka kerana Dato Ibrahim dan Datin Hamizah sambung 'world tour' mereka selepas Mila melanjutkan akad nikah. Mila juga telah membuat keputusan untuk terus tinggal di Brunei selepas menerima ijazahnya.
Dia tak kisah. Sebenarnya,dia amat menyukai suasana di Brunei. Raimi pula menyokong keputusannya. Bagi Raimi,jika Mila ingin pulang ke Malaysia,dia juga akan ikut Mila ke sana.
-
"Abang,Yani dan Zaraa nak pergi ke CBTL Pavillion kejap,okey?" Mila meminta izin. Yani sedang menunggu dirinya di lobi.
"Baiklah. Abang rehat di bilik dulu. Jangan akhir naik,okey? Nanti akhir kita sampai majlis perkahwinan Faris." kata Raimi.
Mila mengangguk lalu mengucup pipi Raimi.
-
"Boleh tak,Yani ceritakan cemana awak tahu yang Faris tahu saya ada perasaan kat ?" soal Mila. Dia betul-betul ingin tahu.
"Ingat tak,waktu sukan tahunan tu? Dia tanya jika you suka dia. You menafikan. I hairan kenapa dia tanya tu. Jadi,beberapa hari kemudian,I tanya dia." Yani mula menceritakan cerita lama.
Mila mengangguk. Baru tidak lama dia mengimbas kembali memori tersebut.
"Dia kata,ketara you suka dia. Dia notis dari cara awak melayan dia. Rupanya,dia tak sekayu kami fikir. I ingatlah you pernah ceritakan I secara blur bahawa you suka dia. So I tanya dia,jika you benar suka dia,apa dia hendak buat." sambung Yani.
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...