Bab 34

3.3K 101 1
                                    

Bab 34


"Ayu,ni air laici awak." kata Faris sambil menghulurkan air tersebut kepada Ayu.


"Oh,terima kasih!" Ayu mengambil air tersebut daripada genggaman Faris. Tak sangka pandai pula lelaki itu menunaikan janjinya...


Faris memberinya satu senyuman yang amat manis. Dia berasa gembira. Teringat pula perbualan mereka pada dua hari yang lalu.


Faris Zakaria: Awak memang suka doraemon kan?

Faris Zakaria : Awak nak patung tu sebagai hadiah hari jadi ke?

Zahayu Zarifa : Tak payahlah awak..Sekadar doa dah cukup ni.

Faris Zakaria : Ya lah..benar ke tak nak sesuatu?

Zahayu Zarifa : Hmm..air laici dari kantin sekolah je! :)

Faris Zakaria : Baiklah,esok saya beli untuk awak..

Zahayu Zarifa : Janji?

Faris Zakaria : Untuk awak,pasti. :)


Ayu berasa bertuah dan sangat gembira. Tak sangka lelaki idaman sekolah mereka telah ada hati dengan dirinya.


Ayu telah mengenali Faris sejak darjah lima lagi. Namun,mereka mula rapat semasa tingkatan satu. Dia bersembang dengan Faris di 'Facebook' hampir setiap hari. Apa sahaja boleh disembang oleh mereka. Topik yang paling digemari oleh mereka merupakan topik tentang agama.


Ayu tidak akan menafikan. Dia berasa sedikit bangga kerana Faris menganggapnya lebih daripada seorang sahabat. Dia juga tahu Faris merupakan seorang yang sangat setia.


Dengan kemunculan Camilla semasa tingkatan dua,dia berasa sedikit terugut dengan kehadiran perempuan itu. Dia takut posisinya di hati Faris akan menurun dan digantikan oleh Camilla. Dia pernah mempersoalkan Faris tentang hubungannya dengan Mila dan jika dia mempunyai sebarang perasaan untuk perempuan itu.


Namun,lekas sahaja Faris menepiskan penyoalaan Ayu. Dia beritahu Ayu bahawa Ayu merupakan perempuan pertama yang dia pernah cinta dan akan kekal di dalam hatinya.


Ayu berasa lega setelah mendengar kata-kata Faris itu kerana dia tahu Mila bukanlah ancaman terhadap hubungannya dengan Faris.


Faris dan Ayu merancang untuk merasmikan hubungan mereka sebagai 'couple' pada tingkatan tiga. Namun,jangan lupa. Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.


Daniel Iskandar. Lelaki yang telah Ayu suka secara diam sejak darjah enam hingga pertengahan tingkatan satu,telah kembali untuk menagih perasaan tersebut. Tanpa berfikir banyak,terus sahaja Ayu mengendahkan Faris.



Senang sahaja dia terhasut dengan kata-kata Daniel. Senang sahaja dia membuang Faris ke tepi. Faris? Tentulah dia berasa amat sedih. Tak sangka senangnya Ayu membuang segala dalam hubungan mereka dengan sekelip mata. Hanya dengan jangka sehari,hubungannya denga Ayu telah tukar.Seolah-olah apa yang mereka melalui selama dua tahun tidak ada sebarang nilai di hati Ayu.


Bagi Faris,dia seperti kehilangan pasangan hidup yang melengkapi dirinya. Tiada teman untuk berbincang tentang perkara-perkara yang dia sering berbincang dengan Ayu.


Ayu? Dia masih mempunyai perasaan untuk Faris. Namun,dia pilih Daniel. Walaupun begitu,Ayu tidak mahu lepaskan Faris. Dia masih mahu Faris setia kepada dirinya. Oleh itu,kadangkala dia akan memberi salam kepada lelaki tersebut.


Faris masih menaruh harapan. Dia harap Ayu akan kembali ke sisinya. Dia tidak rela kehilangan perempuan itu. Kerana setelah Faris Zakaria jatuh cinta,perasaan tersebut susah dipadam. Walaupun dia berasa sakit hati,dia tetap akan mencintai,mengasihi perempuan yang bertuah itu.


Rugi je perempuan yang tidak pandai menghargai lelaki sebaik Faris itu. Itulah manusia. Hanya tahu menghargai,menyesal setelah tiada perkataan yang diungkap akan memadamkan perbuatan mereka.


Sejak permulaan tingkatan tiga hingga permulaan tingkatan empat,Faris merupakan seorang yang sepi.Kadang-kadang sahaja dia akan berjenaka. Muka yang seriusnya sering on. Luka yang ditinggalkan oleh Ayu di dalam hatinya sudah terlalu dalam. Sehinggalah suatu hari..


Zara Camilla : Assalamualaikum ketua. Bacalah surah Al-Insyirah,ayat lima dan enam.Fahamilah maksud ayat-ayat tersebut.

Faris Zakaria : Wa'alaikumsalam Mila. Okey.


Faris berasa hairan. Itulah kali pertama Mila inbox dirinya. Walaupun perempuan itu merupakan seorang pengawas,jarang sekali dia bercakap dengan dia.Namun,dia ikut sahaja arahan Mila. Dia pergi ke rak buku untuk mengambil tafsir Al-Quran and meneliti ayat-ayat tersebut.


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Faris membacanya berkali-kali sehingga menitiskan air mata. Kini,dia faham apa yang ingin disampaikan oleh Allah melalui surah tersebut. Dia juga faham sebab Mila mengarahnya untuk membaca ayat tersebut.


Faris Zakaria : Sudah Mila. Terima kasih....

Zara Camilla : Setiap manusia di dunya pasti akan melalui kesukaran yang payah,yang amat sukar sehingga dirinya tidak akan menerima hakikat tersebut. Setiap kesukaran yang telah dan akan dilalui oleh seorang manusia pasti diselit dengan kemudahan. Solusi. A lesson.

Zara Camilla : Pasti ada sebab Allah menduga hambanya. Ingat,Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang mereka tidak mampu. Stay positive Faris! She might be out of your life,for you to gain something even better. She might be a lesson for you. To be wiser.


Mulai hari itu,Faris dan Mila pun menjadi kawan rapat. Namun,Mila tahu bahawa dia tidak dapat bertanding dengan posisi Ayu di hati Faris.


Setengah tahun selepas Mila mula menyukai Faris,dia telah mendapat tahu bahawa Faris ada hati dengan Ayu. Namu,dia mendiamkan dirinya sahaja. Dia juga tahu sebab muka Faris monyok sepanjang beberapa bulan itu. Dia merindui jenaka dan senyuman lelaki itu yang sering menghiburkan para pengawas.


Dia telah mengambil initiatif untuk teks lelaki itu. Tak sangkalah satu perbuatannya itu akan mengubah hubungannya dengan Faris.


Its amazing how one simple thing can change your life.


-


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now