Bab 30
"Assalamualaikum bro! Lama tak jumpalah." tegur kawan baik Faris dari zaman sekolah menengah,yang merupakan senior kepada dirinya.
"Waalaikumsalam Abang Mirul! Betul lama kita tak jumpa..Sejak Faris ke Singapura kut?"
"Yalah! Lepastu kita lost contact dah." kata Amirul,"Awak beli barang dapur ni..sorang ke?" tanya dia.
"Taklah...bersama isteri saya." jawab Faris sambil bersengih.
"Zahayu ke?" soal Amirul sambil mengangkat kening kirinya.
"Eh,taklah. Apa benda Abang merepek ni...kan abang tahu dia isteri Daniel.." kata Faris,menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Faris tak tahu ke? Zahayu telah cerai dengan Daniel dua tahun yang lalu.Dengar-dengar,Daniel telah mendera Zahayu hingga dia tak tahan.."
Faris berasa terkejut. Dia turut berasa hairan. Mengapakah pada malam dia dan Mila terjumpa dengan Ayu,dia tak beritahu perkara yang benar? Mengapakah dia tipu dan katakan Daniel overseas dengan ibunya? Mengapakah hatinya pada saat itu berasa amat berat,amat mengasihani perempuan itu?
"Oh...saya tak tahu. Abang ni,dengar gosip kat ofis ke?" tanya Faris.
"Yalah. Semua staf Iskandar & Co 'kepo' tentang perkara itu."
Mila mencari-cari suaminya. Manalah mamat itu? Akhirnya..dia ternampak Faris dari jauh,sedang berbual-bual dengan seorang lelaki.
"Ayang,dah pergi ambil Milo ke?" tanya Mila sambil memasukkan beberapa minuman kotak ke dalam troli.
"Belum lagi..Sayang ingat tak Abang Amirul?"
Amirul memerhatikan pasangan bagai cincin dengan permata dihadapannya. Ternyata isteri Faris itu amat familiar. Macam pernah tengok je...
"Abang Mirul,ini isteri saya,Camilla. Sayang,ini senior kita dulu,Amirul Zaini." Faris memperkenalkan.
Seperti ada lampu mentol yang muncul di minda Amirul,
"Oh! Camilla yang pengawas dulu? Yang Faris ni 'gila rapat' with?"
Faris cuma mengangguk kepalanya.
'Oh! Amirul Zaini...' desis hati kecil Mila.
Amirul Zaini merupakan ketua pengawas sekolah,sebelum Faris. Faris sering menyebut nama lelaki tersebut dan amat mengagumi lelaki itu. Seringkali Faris minta tunjuk ajar daripada Amirul Zaini tentang hal ehwal pengawas,mahupun pelajaran.
"Ya,ya. Sekarang saya dah ingat Abang Amirul ni. Yang dulu 'gila rapat' dengan Liyani,kan?" usik Mila.
Liyani,atau lebih terkenal dengan 'Yani',merupakan kawannya yang juga seorang pengawas. Mana boleh dia lupa Amirul Zaini itu..Yani sering menyebut nama mamat itu dan menurut desas-desus,mereka merupakan 'couple'. Namun,Yani tidak pernah beritahu pasal perkara tersebut kepada dirinya. Apabila dia bertanya,senang sahaja Yani senyum dan alih topik.
"Haah." Amirul mengangguk,"Liyani itu-------"
"Abang! Kiri kanan I cari you..." sampuk suara seorang perempuan sebelum Amirul menghabiskan ayatnya..
"Abang sinilah...terserempak dengan MilFa pulak."
Faris dan Mila saling memandang. MilFa?
"Hish,janganlah nampak blur sangat. MilFa itu nama gabungan korang." jawab Amirul.
"Eh,Liyani Mawaddah? Oh,saya rindu awaklah!" jerit Mila dengan teruja sambil memeluk perempuan itu.
Yani membalas pelukan perempuan itu sambil menepuk belakangnya.
Faris dan Amirul hanya tersenyum tatkala melihat gelagat isteri mereka.
-
![](https://img.wattpad.com/cover/32612719-288-k887025.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Ficção Adolescente"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...