Mengapakah satu hari,mereka menganggap kita sebagai sahabat,the next day,seperti orang asing dan ada juga harinya seperti lebih daripada seorang sahabat?
Bab 27
Sebaik sahaja sampai rumah,Mila terus menghubungi ibunya.
"Assalamualaikum ibu,ada Mila ganggu ibu ke?" tanya Mila sebaik saja ibunya menjawab telefon.
"Wa'alaikumsalam Mila. Tak,tak. Ada ape Mila telefon pada malam buta ni?" tanya Datin Hamizah.
"Ibu ingat tak tentang lelaki yang Mila pernah ceritakan kepada ibu dahulu...."
"Hmm..ibu ingat sikit. Kenapa dia?"
"Dia nak jumpa ibu dan ayah..."
"Boleh..beritahu ibu dan ayah aje jika kamu orang nak datang."
"Baiklah ibu..kirim salam kat ayah.."
"Selamat malam Mila. Assalamualaikum,jaga diri tau."
"Okey,selamat malam ibu,Wa'alaikumsalam."
-
"Cantik sangat beg Mila ni!" puji Zira,"Eh,bila pulak awak beli beg baru?" tanya Zira,sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hadiah.." jawab Mila.
Mata Zira terbeliak,"Takkan dari mamat tu kut?"
Dengan perasaan segan,Mila mengangguk.
"Wah! Sudahlah handsome,tinggi,ini kaya dan murah hati pulak! Perfect package."
"Siapa yang perfect package ni? Abang ke?" soal Rayyan yang tiba-tiba menyampuk perbualan mereka.
"Abang Imperfect Package." usik Zira.
Mila tersenyum melihat gelagat mereka. 'Bilalah tiba masanya saya boleh berbuat demikian?' Hati Mila tertanya-tanya.
-
"Zaraa Camilla!" jerit seorang lelaki secara tiba-tiba. Mila yang ingin menuju ke tempat parkir kereta menoleh kebelakang. Beberapa orang pekerja turut menoleh ke belakang.
'Siapalah yang panggil saya Zaraa Camilla ni...' fikir Mila.
"Abang!" Rupa-rupanya,Hayral yang menjerit nama adiknya itu.
Hayral telah selesai mesyuaratnya di cawangan KL tentang beberapa masalah yang baru timbul.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Fiksi Remaja"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...