Bab 31
Selepas membeli barang dapur,Mila dan Yani pergi melepak kat CBTL,manakala Faris dan Amirul pergi ke Starbucks. Konon nak bagi privasi para isteri untuk bergosip...
"Dik,satu Matcha Ice Blended dan Pure Banana Caramel Ice Blended ya..Regular." order Mila. Dia masih ingat kegemaran Yani.
Dulu,dia dan Yani agak rapat. Itupun kerana mereka berdua merupakan pengawas. Selepas mereka 'pencen' daripada tugas-tugas mereka,taklah mereka begitu rapat lagi..
"Mila masih ingat favourite I?" tanya Yani,berasa terkejut.
"Ya lah,manalah pernah awak ubah order. Tiap-tiap kali Pure Banana Caramel je..."
Yani bersengih. Setelah mengambil minuman mereka,mereka pun duduk di sofa yang terletak agak jauh dari pintu masuk.
"Apa khabar awak ni Yan? Lamalah tak kita jumpa." Mila mula berbicara.
"Alhamdulillah..semua sihat dan baik-baik belaka. You?"
"Alhamdulillah juga..." jawab Mila.
"Nak tanya. MilFa tu,nama gabungan saya dan Faris ke? Tak sempatlah saya tanya tadi..."
"Yalah," sengih Yani. Topik syok! "Nama gabungan korang sejak tingkatan empat lah..."
Terbeliak mata Mila mendengar kata-kata Yani. Tingkatan empat??
"Wei,janganlah nampak terkejut sangat. Kami orang tau lah yang you ada hati kat Sir Faris tu. Dan jika kami tak silap,dia pun suka awak jugalah. Sudahlah tiap-tiap mesyuarat korang asyik berkepit. Waktu rehat mahupun ketika membuat persiapan untuk majlis,korang berkepit juga."
"Kamu orang ni serasi lah! Asyik sahaja kami fikir korang couple. Namun kami taulah siapa wanita idaman Faris pada waktu itu..." tambah Yani,menggeleng-geleng kepalanya pada ayat terakhir.
Mila hanya senyum lalu mengatakan,"Saya tak tahulah yang korang tahu...Siapa 'kami' tu?"
"Kumpulan kita orang je. Alif,Lee,Udin,Jamila,Tina dan I." jawab Yani.
"Oh. Haah. Pandailah korang meneka. Dapat jadi tukang menilik masa depan ni." usik Mila.
"Merepeklah you ni. Berapa lama dah korang kahwin?"
"Hmm..tiga bulan kut. Tak lama lah.." jawab Mila,pipinya berasa hangat.
"Ooooh. Pengantin baru lah ni. Honeymoon kat mana?"
Pipi Mila bertambah warna kemerah-merahan,"Kami pergi ke UK selama 10 hari...dan lepastu pergi ke Cameron Highlands.." jawab Mila. Fikirannya sudah memainkan kenangan-kenangan terindah dia dengan Faris ketika berada di negeri omputih itu..
![](https://img.wattpad.com/cover/32612719-288-k887025.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Fiksi Remaja"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...