Bab 50
Aku datang dalam hidupmu
Mungkin tak seperti yang kau inginkan
Tapi jangan kau menjauh
Cuba fahami mengapa aku di sini
Mungkin aku bukan yang engkau pilih
Tapi percayalah ini yang cinta pilih
Bersama dirimu walau hati tak mahu
Beri cinta kesempatan
Untuk membuktikan semua
Aku bisa membuatmu jatuh cinta
Kepadaku walaupun kau tak cinta
Kerna cinta kerna sayang
"Kau bisa membuatku jatuh cinta kepadamu,walaupun kau tak cinta..." keluh Mila. Dia sedang berbaring di atas katil sambil mendengar lagu. Soalan Faris pada petang tadi terngiang-ngiang di fikirannya.
Adakah keadaan mereka akan menjadi lain jika dia mengeyakan? Namun,adakah keadaan mereka akan bertambah baik? Atau semakin renggang? Mila tidak tahu. Namun dia benar-benar ingin tahu.
Petang tadi merupakan Hari Sukan Tahunan sekolah mereka. Selepas Mila berlumba larian 4x100m,dia terus pergi ke kem yang paling hujung untuk mencari kawan-kawannya.
Oleh kerana kerusi tidak cukup,Mila terpaksa berdiri sambil berbual-bual dengan kawan-kawannya,terutamanya Faris,Anisa dan Yani.
Namun,secara tidak terduga,pertengahan perbualaan mereka,Faris menyoal Mila sesuatu yang Mila tidak sangka.
"Awak suka saya ke?" merupakan apa yang disoal olehnya.
Mila memandangnya dengan wajah yang terkejut. Macam mana dia tahu?
"Eh,taklah." Mila cuba menafikan. Haraplah dia percaya...
"Kan,awak tak nak akun." kata Faris.
Mila cuma melihat wajahnya dan tidak membalas sebarang kata. Mulutnya terkumat-kamit untuk menafikan lagi. Dia terus duduk sebelah Yani walaupun kerusi tersebut agak sempit. Yani hanya mendiamkan dirinya. Menjadi pendengar setia Faris dan Mila.
Yani berasa hairan. Mengapakah Faris tanya Mila perkara tersebut? Adakah Faris tahu Mila ada hati kat dia?
Perasaan Mila pada saat Faris menyoalnya soalan itu,hanya diketahui oleh Allah. Degupan jantungnya makin meningkat. Perasaan gelisah mula bertapak dan wajahnya berkerut. Sesekali juga dia tidak sangka Faris akan menyoalnya tentang itu.
Walaupun kali itu merupakan kali ketiga,namun kali itulah kali pertama Faris menyoalnya di hadapan khalayak ramai dan daripada nada suaranya serta cara pertuturannya,begitu lain daripada biasa.
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...