Bab 36

3.5K 102 1
                                    

"Have you ever thought why somebody walked away from you? Maybe Allah is saving them from you,maybe you were a trial for them,a lesson for them to learn. Maybe,just maybe,you were the poison for them,or vice versa."  -Herblankcanvas


Bab 36


Sudah lebih seminggu Mila tidak bertegur sapa dengan Faris mahupun melihat wajah lelaki itu. Sakit hatinya apabila mengingati kejadian itu.Jadi,dia membuat keputusan untuk mengelak lelaki tersebut.


Minggu lepas merupakan Hari Jadi Mila yang ke-17. Dia telah mengajak para pengawas untuk meraihkan sambutan Hari Jadinya di KFC Pavillion.


Hampir semua orang boleh datang kecuali Faris,Udin dan Jamila.


Namun,sebab yang diberi oleh Udin dan Jamila difahami oleh Mila kerana mereka balik ke kampung halaman untuk melawat keluarga mereka.


Malam sebelum sambutan tersebut,Faris telah memberitahu Mila bahawa dia malas nak pergi kerana ingin melayan teman wanitanya di rumah.


Sakit hati Mila apabila Faris berkata seperti itu. Bukan kerana Faris mempunyai seorang teman wanita. Namun kerana Faris memilih untuk bermain Xbox kesayangannya daripada menghadiri sambutan tersebut.


Mila tahu Xbox itu ibarat nyawa Faris. Namun,Mila berasa kecewa kerana tali persahabatan mereka itu bagai tiada nilai berbanding dengan alat permainan yang tidak pandai bercakap tu!


Dia berjaya mengelak ketua pengawas sekolah tu. Kerana kekecewaan. Kerana kesedihan.


Namun,pengelakkan Mila itu gagal selepas sembilan hari tidak bertegur sapa dengan lelaki itu. Cikgu Haji Mustafa telah menyuruh Mila untuk menyampaikan sesuatu perkara secara peribadi kepada Faris. Nak tak nak,dia kena buat tugas itu juga.


Dalam perjalanan untuk pergi ke kelas mamat tu,dia terjumpa mamat itu di luar perpustakaan.


Mila cuba berlagak seperti biasa dan menyampaikan pesanan Cikgu. Selepas itu,Mila membelakangi Faris dan ingin menuju ke Blok A. Namun,suara si dia membuat dirinya terhenti dan Mila pusing kepada pemilik suara itu.


"Awak marah kat saya ke Mil?" tanya Faris selepas memusingkan badannya sedikit untuk melihat Mila,"Sebab saya tak pergi ke sambutan hari jadi awak tu." dan lepas itu dia berjalan ke hadapan.


Faris berasa hairan kerana setiap pagi mahupun waktu rehat,dia pasti akan nampak kelibat perempuan itu.Namun lebih seminggu dia tidak berteguran dengan Mila.Jangan kata tegur,nampak kelibat perempuan tu juga payah! Adapun,dia cuma nampak Mila dari jauh sahaja.


Mila berasa terkejut dengan soalan Faris tu. Tak sangka mamat kayu macam dia akan tanya soalan macam itu. Dia notis 'kehilangan' saya?


"Eh? Taklah." jawab Mila selamba.Dia berjalan di belakang Faris. Dia tak marah pun. Cuma kecewa sahaja...


Faris melihat Mila sebentar lalu pusing ke hadapan. Dia syak Mila berbohong. Namun dia diam sahaja dan beredar dari situ.


Laju sahaja Mila berlari anak-anak mencari Anna dan Rina. Dia ingin beritahu mereka tentang soalan Faris tu dan ingin tahu maksud tersiratnya.


-


"Kenapa sayang termenung je?" tanya Faris lalu duduk di tepi Mila. Dia telah berdiri di tepi isterinya selama dua minit. Namun,Mila hanya memandang dinding tanpa mengelip matanya.


"SubhanAllah!" jerit Mila,"Ayang ni,sengaja nak kejutkan ke?" tanya Mila sambil mengurut-urut dadanya.


"Tak lah. Sayang yang tak notis Ayang je. Sudah lama Ayang berdiri kat situ. So,what's on your mind?"


"Zafriel Faris." kata Mila dengan menayangkan muka yang serius.


"Zara Camilla." jawab Faris.


"Hm,ingat tak esok hari apa?" tanya Mila sambil menentang mata Faris.


"Hmm..." berpura-pura Faris untuk berfikir. Namun dia tahu bahawa esok merupakan Hari Jadi Mila yang ke-27.


"Oh! Hari Jadi ibu?" usik Faris. Mila menggelengkan kepalanya sambil mencebik bibirnya.


"Ya lah. Esok Hari Jadi Mila. Takkanlah saya lupa." kata Faris sambil memandang isterinya.


Mila tersenyum. Nasib baik dia ingat!


"So,that was on your mind?" tanya Faris. Mila hanya mengangguk.


"I can't believe it was ten years ago...." bisik Mila. Faris mengerut dahinya. Apa yang Mila ingin cakap ni?


"And l can't believe its a dream come true. Semua ini seolah-olah cerita dongeng kepada Mila. It feels surreal." kata Mila. Air mata pertama telah titis.


Bertambah kerut dahi Faris,"Maksud sayang?" soalnya.


Mila menarik nafasnya,"Ayang ingat tak,hari jadi Mila yang ke-17?" soal Mila. Dia tahu tak mungkin Faris ingat.


'Hmm 2009? Bukan ke itu tahun terakhir sekolah menengah?' desis hati Faris. Seperti ada suis di dalam otak Faris,dia teringat kembali kejadian itu.


"Oh." kata Faris.


Mila hanya senyum kepadanya,"Ayang dah ingat ke?" tanya Mila lagi.


Faris mengangguk,"Maafkanlah Ayang,eh?"


"Lama sudah Sayang maafkan. Tak sangka,kini kita akan meraihkan hari jadi Mila dengan status suami isteri. Semua ini bagai fairytale bagi Mila."


Faris mengucup dahi isterinya. "Tapi,waktu itu Sayang marah ke? Tup-tup tidak berteguran lebih seminggu! Bayang lagi tak nampak." tanya Faris.


"Hmm,tak marahlah. Cuma kecewa sedikit je.." kata Mila dengan jujur.


"Hmm,Ayang janji ayang akan meraihkan Hari Jadi Mila di sisi Mila sepanjang hayat kita...in Shaa Allah." kata Faris dengan tangan kanannya naik. Gara-gara nak berikrar lah tu.


Mila memberi satu senyuman yang lebar dan berjanji perkara yang sama kepada Faris.


-

Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now