Bab 37

3.3K 99 0
                                    

"Qada terbahagi kepada dua bahagian;

(1) Qada Muallaq iaitu Qada yang ditetapkan mengikut kesesuaian keadaan dan masa tanpa keputusan muktamad ( Kejadian yang boleh berubah). 

(2)Qada Mubram iaitu Qada yang tidak mungkin berubah dalam sebarang keadaan."


Bab 37


"Kelas,cuba korang menulis cita-cita korang di kertas A4 yang telah disediakan." kata Cikgu Fatimah. 


Faris mengeluarkan beg penselnya dari beg lalu mengeluarkan pen biru. Faris tahu apa cita-citanya dan dia akan berusaha dengan gigih untuk mencapainya.


'DOKTOR'


"Baiklah kelas. Hantarkan kertas ni kepada Cikgu." kata Cikgu Fatimah setelah sepuluh minit berlalu.


Faris merupakan pelajar yang pertama berdiri dan menghantar kertas itu. 


"Ada sebab ke Faris pilih kerjaya ini?" tanya Cikgu.


"Saya suka menolong orang,cikgu. Saya harap saya dapat tolong sesiapa juga." jawab Faris. 


"Did someone inspire you?"


Bibir Faris mengukir senyuman yang lebar.Biarlah dia sendiri yang tahu.


Cikgu mengangguk kepalanya. Beliau berasa kagum dengan cita-cita Faris itu.


-


"Mila! Kelas korang ada tak kena suruh tulis cita-cita oleh Cikgu Fatimah?" tanya Faris kepada Mila. Mereka mempunyai guru matapelajaran Kimia yang sama.


"Ada,waktu kami ada kelas dengannya sebelum waktu rehat." jawab Mila.


"Apa awak tulis?" tanya Faris. Dia ingin tahu cita-cita perempuan itu.


"Tak naklah beritahu awak ni." jawab Mila lalu beredar dari situ.


-


"Saya tahu awak bercita-cita untuk menjadi seorang peguam." kata Faris. Puas dengan kata-katanya.


Mila yang sedang makan coklat di dalam bilik mesyuarat pengawas itu tersedak. Macam mana mamat tu tahu??


"Tak payahlah nak terkejut sangat. Saya cuma jumpa Cikgu Fatimah je dan tanya. Terus dia menunjukkan kertas Mila. Maklumlah favourite student Cikgu Fatimah!" kata Faris lagi. Dia hampir ketawa di hadapan cikgu semasa membaca kertas Mila.


Mila menyilangkan tangan ke dada dan mencebik. 


"Alolo,Mila dah merajuk!" usik Faris,"Baiklah. Saya beritahu awak cita-cita saya juga. Tengok tu,muka dah macam monyet." 


"Saya ingin menjadi seorang doktor." katanya lagi.


"Awak nak jadi doktor?" tanya Mila. Seolah-olah tidak percaya. Selama ini dia fikir Faris akan mengambil alih syarikat ayahnya.


Faris mengangguk.


"Bukan ke awak kena mengambil alih....."


"Tak." senyum Faris,"Sepupu saya yang akan mengambil alih. Dia lebih minat bisnes dan saya pula lebih minat perubatan...."


"Oh..nasib juga parents awak ni understanding."


"Ya lah! Jika Mila kahwin dengan Faris,Mila dapat juga mertua yang understanding." seloroh Alif yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.


Alif,Yani dan Lee turut berketawa.


"Hish,merepeklah Alif ni. Alif Ba..Ba!" kata Mila.


Faris hanya ketawa dan menggelengkan kepalanya. Dia sudah biasa dengan perangai Alif itu.


"But Mila,what if one day he becomes your husband?" tanya Lee.


Mila tidak menjawab. Dia hanya menjeling Lee.Mila berasa kekok dengan suasana dalam bilik itu.Dia sendiri tidak tahu jika Faris terdengar soalan Lee ke tak. Haraplah tidak...


-


Tak sangka tercapai pula cita-cita mereka. Dengan berusaha dan berikhtiar,semua akan terjadi jika perkara tersebut ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. 


Dia tidak pernah beritahu seseorang. Namun,kecemerkapan Mila yang menginspirasi dirinya menjadi doktor. Oleh kerana perempuan itu sering terjatuh,melukakan dirinya atau kurang sihat,dia tekad untuk membantu sesiapa juga. Bukan sahaja Mila.


Faris melihat gambarnya dengan Mila sewaktu majlis akad nikah. Tak sangka kata-kata Alif dan Lee tu dimakbulkan oleh Allah. Bak kata pepatah,'Kata-kata ibarat doa.' Oleh itu,manusia hendaklah menjaga tutur kata mereka.


Dia berlagak selamba apabila terdengar soalan Lee supaya Mila tidak tahu dia terdengar. Namun,fikirannya sudah mula memikirkan soalan Lee. 


Faris melirik matanya ke jam tangan. Hampir tamat dah syifnya pada pagi itu. 


Dia mengucapkan syukur kerana cita-cita dirinya dan Mila telah menjadi kenyataan. 


-




Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now