Bab 51

3.6K 91 11
                                    

"It hurts to love someone when we can't tell them what we really feel. Because sometimes,we get hurt without them knowing. We get jealous,even if we have no right to feel that way. We want their time,even if we are not in the position to demand for it. Although our hearts are breaking,we still continue to love them because somehow in this hurtful love,there is still hope of having simple moments with them. Even if it means being just a friend."


Bab 51


Mila sedang menonton TV3 sambil menunggu Raimi. Drama 'Kau,Aku,Kita' akan disiarkan tidak lama lagi.


Komersial tentang kemalangan jalanraya membuatnya teringat sesuatu perkara.Hari yang dia menimpa kemalangan merupakan hari yang dia terima panggilan telefon dari Faris. Dia ingat selepas perbualaannya dengan Faris,otaknya sudah keliru.Runsing. Tidak tahu mana dia hendak tuju.


Mila tidak menyalahkan Faris. Namun dia menyalahkan dirinya. Perasaan cinta yang hadir itu merupakan fitrah. Ketika syaitan datang menghasut,membawa hawa nafsu,cinta yang fitrah itu akan menjadi fitnah. Daripada Faris,Mila telah mendapat pengajaran.


Mila telah membuat keputusan. Dia akan melanjutkan akad nikah dengan Raimi. Agar mereka bercinta selepas nikah. Belajar mencintai Raimi dan hanya Raimi. Namun,dia hendak kenali Raimi dengan lebih dalam dahulu.


Dia masih ingat luahan cinta Raimi terhadapnya. Semogalah perasaan Raimi terhadapnya masih ada. Mungkin,untuk orang lain,Mila membuat keputusan secara terburu-buru. Namun,bagi Mila,keputusan tersebut merupakan yang terbaik. Biarlah cintanya dipupuk selepas nikah. Kerana Mila yakin jika benar Raimi jodohnya,perasaan cinta pasti akan hadir. Hanya menunggu masa.


Mila juga akan sambung dengan pelajarannya sambil itu. Rugi jika tidak habis pelajarannya. Dia tetap bercita-cita menjadi seorang peguam. Dia juga berdoa agar cita-cita Faris akan dimakbulkan.


-


"Zaraa dah lama tunggu? Aku menapao pretzels from Auntie Anne's." kata Raimi sambil menunjukkan pretzels tersebut.


"Taklah Ray. Terima kasih." kata Mila.


Mila tahu. Dia harus rehat dari segala bab cinta ini.Selepas hatinya bagai ditikam dengan keris,dia harus tidak mempercayai cinta lagi. Namun,dia percaya bahawa Allah menghadirkan Raimi dalam hidupnya dengan sebab yang tertentu.


"Ray,boleh tak kita main 5 questions? Saya tanya awak lima soalan lalu awak tanya saya lima soalan."


Raimi mengangguk.


"Baiklah,saya mula dulu. Umur awak berapa?"


"25 years old."


"Awak bekerja sebagai...?"


"Saya seorang peguam.Attorney."


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now