Bab 33

3.3K 104 8
                                    

 Checkout this book "Kau yang tercipta" by Tiana_EF :)



Bab 33


"Dok,ada perempuan ni  kat resepsi nak jumpa awak. Dia beritahu namanya Zahayu Zarifa. Dan pasti awak akan jumpa dia." kata cik receptionist,Lily.


Berkerut wajah Faris. Ayu? Apa lagi dia nak dari saya ni...


"Suruh dia masuk. But before that,tell her I'm busy. So it'll only be a short talk. Kan dah nak waktu tengahari ni..."


Lily mengangguk kepalanya dan memberi isyarat thumbs up.


Ayu berasa gementar. Sebenarnya,dia pun tak tahu apa nak dikatakan kepada Faris. Kakinya yang membawa dirinya kepada hospital yang Faris berkhidmat. Mungkin hanya nak tengok wajah Faris? Mahupun nak menagih perasaan cinta ? Ayu benar-benar tidak tahu.


'Menagih perasaan cinta? Sedar dirilah Ayu. Sudah kahwinlah Faris tu!' monolog Ayu.


Knock knock


"Silakan masuk."


-


Hari ini Mila mengambil cuti. Namun,dia tak beritahu Faris. Maklumlah nak beri kejutan kepada si suami! 


Dengan perasaan gembira,dia pergi ke Burger King untuk membeli burger kegemaran Faris. Kemudian dia pergi ke Starbucks. Mocha Latte sana merupakan salah satu kegemaran minuman  Faris.


Selepas itu,dia turut memandu untuk berjumpa dengan si suami.


Namun,kenapalah hatinya berasa semakin berat apabila perjalanan ke hospital semakin dekat?


-


"Assalamualaikum Faris...." tegur Ayu. Jantungnya berdebar-debar dengan laju apabila melihat lelaki yang memakai baju kemeja lengan panjang yang berwarna biru muda dan tali leher yang bercorak serta kot putih doktor.


"Waalaikumsalam Zahayu.Sila duduk." jawab Faris. 


"Awak....saya-"


"Straight to the point,Zahayu. Isteri aku sedang menunggu aku kat rumah ni." kata Faris. Lantaklah Ayu fikir dia biadab. Takde mood dia nak layan minah sorang itu. Nanti lewat pula sampai rumah.


"Sebenarnya saya tak tahu kenapa saya kat sini." jawab Ayu.


Faris menjeling. 


"Mungkin hanya nak tengok wajah awak ni...." kata Ayu.


Faris mengeluh. Maybe its time for some closure in that chapter of his life with Ayu.


"Ayu,apa benda yang kau merepek ni?" tanya Faris.


"Saya tahu. Beberapa tahun yang lalu,saya yang salah. Saya yang meninggalkan awak. Saya tak hargai awak. Walaupun betapa kali saya menolak awak,awak masih kekal. Saya tahu itu semua salah saya. I know. Tak patut saya termakan dengan kata-kata puji,kata-kata manis Daniel itu. Hasutan dia supaya tinggalkan awak untuk dia,sepatutnya saya kuatkan hati saya. Namun...saya termakan juga dengan kata-katanya." kata Ayu. Matanya sudah berair.


'Yalah,Daniel mampu mencairkan hati seorang perempuan dengan kata-kata manisnya...Faris? Dalam mimpi je dia akan romantik!'


"Saya benar-benar minta maaf kerana melukakan hati awak. Saya tahu saya agak kejam. Saya tahu diri saya tak layak lelaki sebaik awak...." tambah Ayu.


Faris tidak menayangkan sebarang reaksi dimukanya. Wajah neutral ditayangkannya. Namun dalam hati,dia benar-benar terasa dengan kata-kata Ayu.


Faris menghembus nafasnya. "Aku maafkan kau,Ayu. Terima kasih kerana menyedarkan saya bahawa ada lagi perempuan di dunia ini untuk saya. Bukan hanya kau seorang. Kerana kau,aku rapat dengan seorang wanita. Kerana kau juga,aku pernah melukai hati wanita itu. Namun,terima kasih. Jikalau kau tak tinggalkan saya,pasti saya tidak akan menemui cinta saya sekarang." kata Faris.


"Carilah lelaki lain untuk kau. Untuk anak kau. Tak payahlah nak fikirkan tentang Daniel tu." 


Ayu yang sedang mengesat air matanya,terus berhenti dan melihat wajah lelaki yang berhadapan dengannya. 


"Awak tahu?" tanya Ayu.


Faris hanya mengangguk.


"Awak tahu tak sebab saya dan dia...."


Faris mengangguk lagi. 'Hish,macam robot dah saya ni. Asyik angguk-angguk je' desis hati kecil Faris.


"Baiklah awak tahu. Saya dan dia berpisah kerana saya sedar bahawa cinta saya untuk Daniel tidak setinggi cinta saya untuk awak. Saya nak menagih cinta awak pada dua tahun yang lalu...Namun,tak terjumpa awak kat sini. Apabila saya jumpa awak beberapa bulan yang lalu...Awak dah kahwin.."


Faris terbungkam. "Bukan kau cerai kerana dia mendera kau ke?" tanya Faris.


"Sebab itu jugalah..."


Faris mengusap-ngusap wajahnya sambil beristighfar.


"Saya masih cintakan awak,Faris.Sangat-sangat cintakan awak."


-


"Lily! Good afternoon. Is doctor Faris seeing any patient right now?" tanya Mila. 


"Mrs Faris,no. But he's talking with a woman right now." jawab Lily. 


Mila mengangkat keningnya. Woman?


"Oh,who is she..?" tanya Mila. Degupan jantungnya semakin kuat.


"I think she said her name was Zahayu...Ari...Oh Zahayu Zarifa!" jawab Lily.


Za-za-zah-zahayu Zarifa? Ayu? 


-


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now