Bab 45

3.2K 95 3
                                        

"Well,I hope she makes you happy. Cause that's all I ever wanted for you....For you to be happy."

"It never stops hurting,does it? Giving someone the best of you and watching them choose someone else."


Bab 45


Sudah genap enam bulan Mila dan Faris berada kat Brunei. Pada kebelakangan ini,sikap Faris terhadap Mila berubah. Tidak lagi lembut seperti dulu.


Mila berasa amat sedih dengan perubahan sikap Faris itu. Mengapakah dia bersikap macam itu? Mila risau jika Faris termakan dengan kata-kata Jazila...


'Eh Mila! Tidak baik buruk sangka kat orang. Bawa beristighfar!' Mila bermonolog.


Dia juga berasa amat letih. Mungkin,terlalu letih dengan sikap Faris yang tidak tentu fasal. Sikit-sikit je naik angin.


Mila yang baru turun dari tangga itu nampak abangnya berada di dapur.


"Abang! Mila nak makan Ayamku." kata Mila dengan nada yang manja.


Hayral memandang adiknya dengan pelik.


"Lagi ke? Bukan ke Mila baru makan dua hari yang lalu...." kata Hayral.


Mila mencebik. "Abang tak sayang Mila lagi ke?" tanyanya. Mata Mila pun mula berair.


Aik! Sensitif pula adikku. "Mila ni,adik abang,kan? Abang mana yang tak sayang adiknya..Kastah ke Ayamku." ajak Hayral. Pelik dengan sikap adiknya.


"Yay!" kata Mila dengan gembira.


Hayral menggelengkan kepalanya.


-


"Doktor Faris,lunch time dah ni. Nak makan bersama?" tanya Doktor Jazila. Tidak ada rasa ingin balik ke rumah di hati Faris. Mungkin kerana dia tidak ingin tengok wajah Mila.


"Baiklah." jawab Faris.


Doktor Jazila berasa amat gembira! Soon Faris...Soon..


-


Mila makan set Ayamku Happy dengan gembira. Dia sedang menunggu abangnya yang telah pergi ke kedai sebelah untuk membeli sesuatu.


Namun,perasaan gembira itu tidak kekal lama. Mulut Mila terlopong apabila melihat dua kelibat yang baru masuk ke dalam restoran itu.


Doktor Jazila dan ....Faris!?


-


"Saya dengar restoran Ayamku punya ayam goreng agak sedap." kata Jazila.


Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang