Bab 11
Sejak pertemuan Mila dengan Aqmar,Mila asyik memikirkan segala percakapan Aqmar.
'Ting!'
ZFaris : Assalamualaikum Mila. Dinner esuk kat Sushi Tei,Pavilion. Selepas solat maghrib. Jangan akhir! Saya dah tempat meja pada kul 8.30.
Zamilla : Wa'alaikumsalam Ris. Okey. Maklum Sir!
ZFaris : Bah. Tidur,jangan tidur lewat malam. Tak baik untuk badan. Selamat Malam. Assalamualaikum. :)
Masih controlling macam dulu!
Zamilla : Ya,ya. Selamat malam juga. Wa'alaikumsalam.
'Okey. Saya dah buat keputusan' Mila mengomel. 'Saya akan memberitahunya pada hari penerbangannya. Might as well as making the dinner as my last happy memory with him if anything goes wrong.' Mila bermonolog.
-
Hari ini merupakan hari Ahad. Tinggal tiga hari lagi,1 Julai 2015,Faris akan berangkat ke Singapura hingga 30 Jun 2018.
Selesai mendirikan solat maghrib,Mila terus bersalin baju. Mila memakai blaus berbunga-bunga light turquoise dan skirt merah jambu serta shawl berwarna hitam. Dia tidak bersolek. Hanya mengguna lipbalm. Maklumlah dia tak berapa minat make up.
"Mak Timah! Mila jalan dulu ya,Assalamualaikum." Mak Timah merupakan pembantu rumahnya yang diupah oleh ayahnya. Perempuan yang berusia pertengahan 40 tahun tu,tidak pernah kahwin kerana dia suka kerjanya sebagai seorang pembantu rumah. Katanya,dia berasa bahagia.
"Ya Mila! Jaga-jaga diri. Wa'alaikumsalam." jawab Mak Timah dari dapur.
-
"Assalamualaikum Faris,maaf saya datang lewat sikit. Jam." Mila mengerling jam tangannya yang menunjukkan 8.38pm. Dia tahu Faris tak suka orang yang datang lewat.
"Wa'alaikumsalam Mila. Tak apa. Duduk." Terus wajah Mila pusing menghadap Faris. Tak apa? Waktu sekolah bukan dia tak main lecture!
This is no longer highschool,Mila.
Sah,mesti dengar arahannya duduk,barulah Mila duduk. Habit!
"What do you want to eat? The usual?" tanya Faris.
"Ya. Cheese Maki and that fried rice. Serta greentea milkshake."
"Faris ingatlah. Saya cuma tanya if awak nak usual. Itu soalan ya atau tak. Faham?"
"Ya lah." Walaupun kena tegur,namun hatinya berasa gembira kerana Faris mengingati makanan yang dia sering jamu.
Faris terus memanggil pelayan restoran itu untuk memesan jamuan dirinya dan Mila.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Genç Kurgu"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...