Bab 8

5.5K 175 3
                                    

Bab 8

Ibrahim Holdings


Sudah genap sebulan Mila memulakan kerjanya di Ibrahim Holdings. Tinggal dua minggu lagi Faris akan bertugas di Singapura.


Mila berkeluh. Dia melihat fail-fail yang perlu di kemas kini. Dia mengeluh lagi.


"Apesal awak ni? Awal pagi dah mengeluh." tanya Zira,rakan sekerjanya. Zira merupakan salah seorang pengawai Law & Management. Umur mereka juga kurang lebih. Cuma Zira berumur 25 tahun manakala Mila berumur 23 tahun.


"Sasak ku eh.Inda tau lah kenapa." terkeluar slang Brunei daripada mulut Mila.


Zira menggelengkan kepalanya sambil senyum. Sudah biasa. Kerana apabila stres, Mila bercakap dalam bahasa melayu Brunei.Mila memberitahunya itu disebabkan oleh Hanna. Selalu,semasa belajar atau mengulangkaji,sering kali Hanna bercakap macam tu sampai dirinya juga terikut.


"Bah bah. Awak sibuk hal awak dulu ya. Saya balik ke ofis saya. Ciao!" 


-


Selepas siap mengemaskini fail-fail,Mila terus Whatsapp Faris. Dia nak jumpa lelaki itu. Maklumlah rindu! Kali terakhir jumpa lebih sebulan yang lalu.


Zamilla : Awak buat apa lunch time ni?

ZFaris : Di ofis. Tak ada masa nak keluar makan :< 

Mila bergelak melihat emoji yang dikirimkan oleh Faris.

Zamilla : Kesian juga awak ni. (Insert emoji ketawa terbahak-bahak) 

Kini Faris sudah tahu bahawa kesian merupakan kasihan dalam bahasa Brunei kerana Mila selalu menggunakan perkataan tersebut.

ZFaris : Mila ni jahat lah! :x 

Zamilla : Ala,orang joking je. Janganlah take it seriously! Masih macam ketua pengawas dulu (Insert emoji smirking)

ZFaris : Masih macam dulu juga Mila ni. Tak pernah berubah-ubah. 

ZFaris : Baiklah,sambung kerja! Walaupun adik bos,kena kerja tahu! Jangan dikatakan makan gaji buta oleh yang lain. Take care (Insert emoji senyum)

Zamilla : Baiklah Sir Faris. Terima kasih kerana mengingati Mila. Awak juga take care.


Mila bergelak. 'Sir Faris' merupakan nickname yang diberi olehnya. Dulu,apabila Faris berceramah,siap semua pengawas akan ikut memanggilnya 'Sir Faris'


"Texting sama boyfriend ke? Senyum dari tadi je..." kata Zira secara tiba-tiba.


"Astaghfirullah! Zira! Terkejut lah I. Tak dengar footsteps awak pun." jawab Mila. Hatinya masih berdegup-degup dengan laju.


"For your information,sudah tiga minit saya disini." 


"Oh..maaf. Tak sedar." kata Mila,malu pula dirinya,"Ini fail-fail 2012 yang saya update tadi." Mila memberinya kepada Zira. Zira mengambilnya dan mengucapkan terima kasih lalu balik ke ofisnya.


'Oh.Sebelum terlupa baik tempah dulu....' Mila mengomel kepada dirinya.


-


Knock knock knock knock knock


"Siapa tu Mariah? I thought sudah last patient for morning sesh." kata Faris berkerut dahi.


Mila menunggu arahan untuk disuruh masuk. Sudah dia tanya Cik resepsi dan sah sudah waktu makan tengahari dan pesakit terakhir juga sudah balik.


"Entah lah Dok.." jawab Mariah yang sedang mengemas katil pesakit.


Faris berdiri lalu membuka pintu.


Mila yang menyandar kepada pintu,hampir terjatuh apabila pintu tersebut dibuka. Nasib ada dinding. Jika tak sudah pasti dia ter- Dinding? Pintu mana ada dinding?


Mila melihat ke hadapan. Rupa-rupanya dinding tersebut ialah Faris. Mila bersengih malu,"Assalamualaikum! Lama awak nak buka pintu." 


"Wa'alaikumsalam ya Cik Mila. Habit awak tu masih ada. Masih suka sandar arah pintu. Jika terjatuh,macam mana?" 


"Hesy! Kan awak ni doktor....tak payah saya risau lah." Mila berkata sambil senyum.


"Ya lah,sila masuk." Faris mempelawa Mila masuk ke ofisnya.


Mariah,yang dari tadi melihat gelagat mereka,senyum kepada dirinya.


"Mariah,ini Mila. Mila,ini Mariah,jururawat saya." Mila dan Mariah saling menyapa dan Mila pun salam Puan Mariah tersebut.


Mila,gadis yang memakai berbaju kurung plain grey yang ada beading arah lengan tangan serta memakai shawl berwarna purple tu telah mendapat perhatian Mariah. 


Adab baik,Cara pakaian juga sopan. Dengan cara Mila melihat dan bertutur dengan Faris,Mariah dapat teka bahawa jangkaannya sah betul. Tak salah.


Mariah tidak mahu berkacau daun. Selepas selesai menyiapkan katil,dia juga beredar dari sana dengan alasan balik rumah kerana nak jumpa suami.


Selepas Mila masuk ke bilik Doktor Faris,pekerja-pekerja di tingkat itu berasa hairan. Selama ni,tak pernah ada wanita mencari Doktor Faris macam tu. Siap lagi dengan gelagat mereka di luar pintu. Bertambah perasaan ingin tahu di dalam hati masing-masing.


Receptionist, para jururawat dan doktor-doktor bilik bersebelahan bercakap dengan suara yang perlahan.


'Adakah perempuan itu teman wanita Doktor Faris? Oleh tu,dia tak menghiraukan pekerja-pekerja perempuan di hospital?' merupakan soalan yang kerap di tanya pada 'perbincangan' mereka.


"Saya rasa wanita itu confirm teman wanita Doktor Faris." kata Doktor Lisa. Para pekerja perempuan yang ada hati kat Doktor Faris berasa sedih.Tak ada peluang! Patutlah mereka kena layan secara professional sahaja. Tetapi para pekerja lelaki dilayan seperti bros. 


"Sangat anggun wanita itu. Usulnya tak sombong juga dari cara dia berbicara dengan saya."  kata seorang lagi.


Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata yang melihat apa yang telah terjadi dan juga sepasang telinga yang mendengar desas-desus dalam hospital itu


-


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now