Bab 24

4.2K 116 5
                                    

Bab 24

Kuala Lumpur


"Mila,dapat tak awak temani saya lunch bersama Zira?" tanya Rayyan pada awal pagi hari Isnin.


"Okey. Kat mana?"


"Food Republic Pavillion."


Mila memberinya 'thumbs up' lalu kembali membuat kerjanya. Mila menaip segala info tentang klien mereka sebelum dicetak.


'Bingo!' kata Mila selepas selesai menaip segala informasi para klien.


Mila melihat jam dinding. Sudah hampir tengahari.


-


"Lambat juga Zira ni. Kata nak ke Guardian kejap je." bebel Mila.


Kini,dia and Rayyan sedang berada di Foodcourt Pavillion,menikmati makanan mereka.


"Dia baru teks saya. Zira kata dia berada di toilet." kata Rayyan.


"Oh.."


"Mila,saya ada perkara nak beritahu awak....." Rayyan berbicara dengan wajah yang serius.


Mila melihatinya dengan hairan,"Apa tu?" katanya lalu menyuakan pretzel Auntie Anne's ke dalam mulutnya.


"Saya suka awak."


Mila tersedak, 'Uhuk..uhuk..uhukkkk.'


"Pardon? " kata Mila. Adakah dia mendengar kata-kata Rayyan dengan salah?


"I like you. As simple as that."


Mata Mila terbeliak,jatuh terus pretzel yang berada di tangan kanannya itu.


"Awak jangan bergurau..." kata Mila dengan nada goyah.


"Saya tak. Saya dah beritahu parents I untuk meminang awak...Mereka bersetuju kerana awak merupakan seorang perempuan yang baik..." kata Rayyan sambil senyum.


'Minang saya????' desis hati Mila. Rupa-rupanya,kata-kata Zira adalah benar. Ya Allah,lembabnya saya ni...


"Jadi,Mila,tolong terima pinangan saya,ye? Saya tahu,awak mungkin tak suka saya seperti itu. Tapi,we can work it out." ujar Rayyan dengan perlahan.


"Maafkan saya Rayyan...you're a great guy. Tapi,saya tak dapat terima pinangan awak tu. Maafkan saya. Saya benar-benar meminta maaf. Saya dah janji untuk menunggu orang lain.."


Wajah Rayyan turut berubah. Dia mengusap-ngusap wajahnya.


Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now