Bab 20

4.4K 119 2
                                        

Bab 20

Kuala Lumpur


Kebelakangan ini,mood Mila semakin ceria. All thanks to Faris. Beberapa bulan yang lalu dia menerima teks daripada Faris,dia seolah-olah tak percaya. Tunggu dia? Sesungguhnya Mila sanggup! Sudah lama dia menantikan kata-kata itu....


Mila tidak tahu hendak menjawab apa. 'Of course I'll!' macam terlalu desperate. "Okey' macam terlampau serius. Akhirnya dia membalasnya dengan ':)' . Tanda dia setuju.


Enam bulan lagi dan Faris akan balik ke Malaysia. Ikut hatinya,dia nak pergi ke Singapura untuk melawatnya. Tapi,dia mengawal dirinya untuk tidak pergi. Sabar Mila...


Pada masa setahun lebih ini,hubungannya  dengan Zira dan Rayyan semakin rapat. Kini,Zira tahu masalahnya dengan Faris. Namun,Mila belum ceritakan tentang teks Faris itu. 



Rayyan merupakan guy bestfriendnya yang sering membantunya. Apabila tayar keretanya pancit,Rayyan yang menolongnya tukar. Pelbagai masalah juga Rayyan menolongnya. Pada masa itu,Mila rasa dia ada sikit perasaan cinta untuk Rayyan. Namun,lekas sahaja perasaan itu hilang kerana dia menganggap Rayyan sebagai abang sahaja. Mungkin disebabkan waktu itu Faris tak ada di sisinya...


Zira sering memberitahu Mila bahawa Rayyan suka dia. Namun,Mila tidak percaya dan mengatakan Zira salah faham. Bagi Mila,hubungannya dengan Rayyan ibarat adik-beradik. Nothing more than that. 


Ibu bapa Mila telah balik dari 'world tour' mereka dua bulan yang lalu dan tinggal di rumah Selangor mereka. Biasanya,pada hujung minggu,Mila akan memandu balik ke Selangor untuk melawat orang tuanya.


Abangnya,Hayral,masih lagi berada di Brunei. Masih tidak mempunyai teman wanita. 


-


Selangor


Kini,Mila berada di dalam bilik tidurnya yang di Selangor. Mila amat rindu rumah ini. Perhiasan biliknya amat berbeza berbanding degan perhiasannya hampir sepuluh tahun yang lalu. Perabot yang lama telah didermakan kepada orang yang memerlukan dan dia membeli set katil yang baru.


Mila sedang menyusun pakaiannya dalam almari supaya dia tak perlu selalu bawa 'overnight' beg apabila balik ke Selangor. Dia memandang suasana luar dari jendela biliknya. Kebun keluarganya yang penuh dengan pelbagai pokok buah-buahan. 


Selepas menyusun pakaiannya,dia turun ke tingkat bawah dan berbual dengan ibunya. 


Datin Hamizah tumpang gembira dengan anaknya apabila mendengar cerita Mila tentang Faris. Datin Hamizah hanya menepuk bahu Mila dan memberitahu Mila;


"Jika ini takdir kamu yang telah ditulis sejak azali lagi,maka perkara ini akan terjadi."


Mila menyandar kepalanya pada bahu ibunya. Mereka berdua memandang suasana yang aman. Bahagianya masih dapat sandar di bahu ibu. Mila mengucap syukur lalu mengucup pipi ibunya.


-





Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang