Bab 39

3K 95 2
                                        

"Jangan kita kecewa bila kita tak dijodohkan dengan orang yang selalu kita minta dalam doa. Mungkin,kita dijodohkan dengan yang selalu minta kita dalam doanya."


Bab 39


"Doktor Faris nak keluar ke?" tanya Doktor Jazila. Dia melihat lelaki yang gegas untuk memanyap dokumen-dokumen di atas meja.


Faris hanya mengangguk kepalanya. Dia berasa lain dengan renungan perempuan itu.


"Oh. Doktor nak ke mana?" tanya Doktor Jazila. Manalah dia tahu,jika Doktor Faris ada date dengan kekasihnya...


Hish,kepo je minah ni! "Ada kena-mengena dengan Doktor Jazila ke? Baiklah. Assalamualaikum." kata Faris. Laju sahaja dia keluar dari ofisnya.


Doktor Jazila merengus geram. Tak acilah!


-


"Maaf! Faris terlambat hari ni." ujar Faris selepas masuk ke rumah ibu bapanya.


"Ada apa Faris,hingga lewat setengah jam?" tanya Tan Sri Zakaria.


"Budak probation punya pasal lah pa dan dokumen-dokumen Ris tadi..." kata Faris.


"Haah? Budak probation?" tanya Mila dengan keliru.


"Ya. Doktor Jazila ni. Fresh grad. Jadi,Doktor Yahya kata tempoh percubaannya dibawah Faris kut..." jawab Faris.


Mila mencebik. Doktor perempuan lah tu!


Faris tergelak apabila melihat cebikkan isterinya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Mila lalu mencuit bibir isterinya itu.


"Sakitlah!" rungut Mila.


"Sayang ni,tak payah cemburulah. Kan dah namanya budak probation,manalah setanding isteri Faris yang peguam ni..." kata Faris.


"Hmm...."


Mila dan Puan Sri Surraya menghidangkan lauk-pauk di atas meja makan. Tan Sri Zakaria,Faris dan Aqmar pula bercerita tentang bola sepak.


"Sudahlah,jom makan." kata Tan Sri Zakaria setelah semua lauk telah dihidangkan.


Doa sebelum makan dibaca oleh Aqmar dan mereka mengaminkan doa tersebut lalu mengisikan perut mereka yang kosong.


Setelah selesai makan,Mila menolong ibu mertuanya untuk mencuci pinggan manakala Faris balik ke hospital. Maklumlah hari Ahad,taklah Mila bekerja...


-

Dua minggu kemudian


'ping' 'ping' 'ping'

Cinta Saya Untuk AwakTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang