Bab 21
Kuala Lumpur
"Boo!" Mila mengejutkan Zira dan Rayyan yang berbual-bual di dapur tingkat mereka.
"Astaghfirullah! Mila! Jika ada sakit jantung....huish." bebel Zira.
Dring Dring Dring Dring
Mila yang hendak menjawab bebelan Zira terhenti apabila mendengar ringtone telefonnya . Siapa yang hendak telefeon awal pagi ni?
Faris Zakaria is calling......
Mila mengerut dahinya. Faris?
Rayyan terlihat skrin telefon Mila. Perasaan sedih mula titik di hatinya. 'Saya mesti bertindak dengan cepat' bisik hatinya.
Mila meminta diri dan menjawab call Faris.
"Assalamualaikum Mila,selamat pagi." sapa Faris apabila Mila menjawab panggilannya.
"Wa'alaikumsalam Ris,Morning jua. Ada apa hal ke?" jawab Mila dengan nada gelisah. Risau ada apa yang berlaku kepada Faris.
"Tak de apa. Cuma lama tak dengar suara Mila je." jujur kata Faris. Dia rindu suara Mila. Oleh itu,dia call.
"Hish...Tak pedah saya risau. Fikir ada ape. Mila risau tau."
"Haah? Kenapa risau?" tanya Faris sambil mengerut dahinya.
"Sebab selama ni Ris tak pernah telefon kut. Pastilah risau,takut ada apa hal...."
"Saya hanya rindu suara Mila lah.Sekarang dah dengar,bolehlah fokus buat kerja. Go back to work now. See you soon. Assalamualaikum."
'Rindu suara saya?' Rupanya..ada juga sifat romantik dalam dia...
"Ye lah. You too. Wa'alaikumsalam."
Mila tidak sedar bahawa perbualannya didengar oleh Rayyan dan Zira.
"Boyfriend ke? Tak pernah awak kata pun ada...." kata Zira dengan perasaan hairan.
Boyfriend? Haha...
"Tak,kawan je." ringkas jawapan Mila.
Kemudian,Mila berjalan lalu mereka dan masuk ke ofisnya. What a great way to start my day at work. Monolog Mila sambil senyum dengan lebar
-
"Hari ni,lunch on me. Kamu pesan apa sajelah. Tapi,Mila mahu beef lasagna. Kamu order ya."
Rakan sekerja Mila hanya mengangguk kepala dan mengucapkan terima kasih. Shira telah order tiga set piza,beef lasagna dan ayam goreng. Kegemaran semua orang.
Mila memberi Shira tiga keping not lima puluh ringgit untuk membayar makanan-makanan tersebut.
"Ada apa Mila nak beritahu ke?" tanya bos. Dia berasa hairan dengan gelagat Mila hari ni.
Bukan dia sahaja,malah semua orang juga berasa hairan.
"Tak lah bos. Makan makan,jangan malu." pelawa Mila,"Orang nak belanja sajalah hari ni..." bebel Mila.
-
Selepas siap kerjanya,Mila terus balik ke rumah. Dia berasa amat letih.
Siap menunaikan solat maghrib,Mila membaca ayat suci Al-Quran.
Tak rugi membaca mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang telah dikurniakan oleh Allah.
Helai demi helai,akhirnya Mila siap membaca beberapa mukasurat kitab yang mulia itu.
-
"Hmm jika ciri-ciri Perfect 10 Aleeya Azmeen merupakan beriman ,baik ,romantik ,sensitif ,kelakar ,pandai masak,hormati orang tua,pandai memujuk,pandai merajuk dan sabar...Apakah Perfect 10 saya?" Mila bertanya-tanya dirinya selepas selesai membaca Suamiku Encik Perfect 10!
Mila meletakkan novel mengambil buku notanya dan sebatang pen.
" 1) Beriman(mesti), 2)Romantik, 3)Sabar(!), 4)Cooks well (harus!).."
Mila mula menulis ciri-ciri idamannya. Nombor 4 amat penting juga kerana Mila tidak berapa pandai masak.
'Apa lagi? Hmmm'
"5)Respectful, 6)Good sense of humour, 7)Memahami perasaan, 8)Kind-hearted, 9) Tidak berapa degil & 10) Tinggi (bonus)"
'Siap! Hmm,ada juga ciri-ciri seperti Aleeya.'
Hanya,Faris tak berapa sabar,quite degil,romantiknya..boleh tahan. Namun,tujuh ciri-ciri yang lain ada padanya. Well,we all can't get exactly what we want.
'Bakal ( Insha Allah) Suamiku Perfect 7!' fikir Mila sambil bergelak.
-
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...