"One day you'll wake up and you'll realise your mistakes,this fairytale you are blinded by will become clear once it's unveiled in front of your eyes. The truth will always be prevail,and when it does,it will be the biggest shock to your system."
Bab 42
Faris tersenyum apabila menerima teks WhatsApp dari Jazila. Mila hanya menjeling. Pasti dari perosak rumah tangga tu!
Faris berdehem apabila notis Mila menatap wajahnya. Dia juga teringat akan janjinya terhadap Jazila.
'Untuk mendedahkan perkara ni,semua waktu pun tidak betul. Baik saya beritahu Mila sekarang.' Faris bermonolog.
"Sayang,saya nak beritahu awak sesuatu." Mila nampak wajah Faris amat gelisah.
Tiba-tiba,badan Mila berasa lemah,"Ya? Apa dia?" tanya Mila acuh tak acuh.
"Sebenarnya...saya dah nikah dengan Jazila dua minggu yang lalu..." kata Faris dengan satu nafas.
Nikah????
"What!? Why? Tell me why Zafriel Faris. Tell me! In what way she made you fall in love with her? Is it because she's younger? Prettier? Nikah? Saya tak percaya. Mengapa awak buat saya macam ni,Faris? Mengapa?" kata Mila sambil menangis teresak-esak.
Dia tidak percaya Faris telah menikahi seorang perempuan lagi. Tidak! Dia cuma fikir Jazila itu skandal Faris....
Faris diam. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Dia cuma tahu dia mencintai Jazila dan tidak ingin melakukan maksiat.
"Manusia tidak boleh tamak. Oleh itu,Faris,awak kena buat pilihan. Diantara saya dan Jazila. Saya tak dapat terima semua madu-madu ni. Madu cuma untuk dimakan,diminum dan bukan untuk menyakitkan hati. Pilih satu. Jika awak pilih dia,saya akan kembali ke Malaysia. Awak tidak akan melihat wajah saya lagi." kata Mila.
Mila tidak setabah Amyza untuk mempertahankan rumah tangganya. Baginya,tidak ada makna untuk mempertahankan rumah tangganya jika hati suami sudah dimiliki oleh orang lain. Dia rela melepaskan orang yang dia mencintai untuk pergi. Pergi ke pangkuan orang yang dia benar-benar cintai. Jika kita benar-benar mencintai seseorang,pilihan itu tidak akan wujud.
Mila? Perempuan yang telah berada disisinya semenjak sekolah menengah. Perempuan yang menghiburkan hatinya. Menasihati dirinya. Membuat dirinya seorang yang lebih baik.
Jazila? Perempuan yang tahu segala stresnya. Melegakan stresnya. Berminat dalam bidang perubatan.
Faris menghela nafas. "Jika ini apa yang Mila mahu,saya pilih Jazila.Bukan kerana saya tak cinta awak,kerana awak menyuruh saya memilih."
Mila memberinya satu senyuman yang nipis. "Baiklah.Ingat Faris. Semua ini bukan kerana saya tak cinta awak. Kerana terpaksa saya relakan. Terima kasih atas segalanya,Faris. Halalkan makanan and minuman saya selama saya bergelar isterimu."

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Saya Untuk Awak
Teen Fiction"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...