Bab 53

3.4K 94 9
                                    

"And maybe you hate something that is good for you and maybe you love something that is bad for you."

(Surah Al-Baqarah)

"Tak semua ombak bertemu dengan pantai. Tak semua cinta bertemu dengan bahagia. Tak semua kehendak akan dipenuhi. Walaupun kita merancang,namun Allah yang menentukan. Kita cuma hamba Allah yang lemah."


Bab 53

Dua bulan kemudian


"Saya terima nikahnya Zaraa Camilla binti Ibrahim dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." Senafas sahaja Raimi melafazkan.


Kalimah Alhamdulillah diucapkan oleh para tetamu. Air mata Mila menitis. Tidak sangka dia sudah sah digelar isteri orang. Perasaan ini memang lain daripada perasaannya dalam mimpi. Mimpinya yang dia berkahwin denga Faris. Membina rumah tangga dengan Faris. Mungkin mimpi tersebut sewaktu Mila koma merupakan satu pengajaran kepada dirinya.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien menjadi pilihan mereka untuk melanjutkan akad nikah. Salah satu masjid yang menarik perhatian para pelancong yang melawat Brunei.


Mila bersalam dengan Raimi. Mereka saling membalas senyuman. Raimi menyarungkan sebentuk cincin dari Tifanny & Co's ke jari manis Mila.


"I promise. I promise that I'll love you until my last breath. Even then,I pray to Allah to unite us in Jannah so that I can love you forever. In Shaa Allah." kata Raimi lalu mengucup dahi Mila. Mila bersalam dengan lelaki yang baru sah digelar suaminya.


Mereka mengimbas kembali memori dua bulan yang lalu...


Mila Ibhrm : Assalamualaikum Ray. Text me when you've received it.

Ray mengerut dahinya apabila menerima teks Mila. Terima apa? Belum sempat dia membalas Mila,rakan sekerjanya,Khairul datang membawa satu bekas yang berwarna pink. 

"Ray,ni untuk kau. Tadi seorang perempuan datang dan suruh menyerahkannya kepada Raimi."

Raimi mengangguk dan mengambil bekas tersebut daripada huluran Khairul sambil mengucapkan terima kasih.

Dia menggeleng kepalanya sambil bersengih. Warna pink? Zaraa...Zaraa..

Ray Arshad : Wa'alaikumsalam Zaraa. Aku dah receive. Warna pink,seriously? -_- Hilang macho aku nanti.. Hahaha,terima kasih Zar... :)

Mila membaca balasan teks Ray sambil senyum. Ketara dia belum melihat apa isi di dalam bekas tersebut.

Mila Ibrhm : Hmm,deadly serious. Tak tahu pula awak ni macho! :O  Saya tahu selepas ni,pasti awak akan suka bekas tersebut :P No prob btw :)

Selepas membaca teks Mila,Ray segera membuka bekas tersebut. Terdapat di dalamnya nuggets yang berbentuk huruf. 

'Tak sangka,Zaraa ingat pula saya suka makan nuggets.' Ray bermonolog. Senyuman yang lebar dikoyak oleh bibir. Rakan-rakan sekerjanya berasa pelik dengan sikap Ray pada pagi itu.

Ray hendak mengambil nugget huruf 'S'. Pada waktu itulah dia sedar nuggets tersebut disusun untuk membina dua perkataan.

'SAYA TERIMA X'

Cinta Saya Untuk AwakWhere stories live. Discover now