Bab 10
Satu minggu kemudian
"Mila,ada orang tunggu awak kat entrance." kata Puan Ruzana. Dia terdapat satu panggilan telefon dari resepsi tingkat G bahawa ada seorang lelaki yang menunggunya.
"Eh? Siapa ya Puan Zana?" tanya Mila sambil mengusai tudungnya. Setahunya,dia tidak berjanji temu dengan sesiapa juga.
"Entah,cuma diberitahu dia adalah seorang lelaki." terang Puan Ruzana.
"Ya,baiklah,saya turun dulu. Tak elok dia tunggu lama-lama. Terima kasih ya."
-
"Apa yang awak kata ni? Cemana awak tahu?" kata Mila,berasa amat terkejut. Terkejut kerana mendapati bahawa Aqmar,yang mencarinya,adalah sepupu Faris. Lagi buatnya terkejut ialah,Aqmar mengatakan bahawa dia tahu Mila mencintainya sepupunya itu.
Sekarang mereka berada di kafe bersebelahan Ibrahim Holdings. Kata Aqmar,lebih privasi membincangkan perkara yang dia nak sampaikan.
"It's obvious bagi kami yang observant. Cara awak melayan dia tu,amat lain," jelas Aqmar,"Sejak sekolah menengah kan?" teka Aqmar.
Dia mengambil keputusan untuk menjumpa Mila setelah tahu tempat kerjanya daripada Faris pada malam tadi.
"Ya. Saya tidak dapat menafikan bahawa perkara itu benar. Memang saya dah cinta dia sejak sekolah menengah lagi." terus terang Mila memberitahu Aqmar. Apa gunanya untuk tipu?
Aqmar senyum. Dia sudah jangka perkara ini sejak bertahun-tahun yang lalu.
"Itulah sebab saya nak tolong awak. I can see that you really love him. Dapat cherish dia. Tak macam Ayu. Awak tahu kan,tentang Ayu?"
"Ya. Dulu,sering Faris ceritakan kepada saya. Walaupun saya di Brunei,mesti dia inbox or call bagi yang penting." Mila memberi senyuman tawar. Teringat pula kisah-kisah dulu.
"Awak tak cemburu ke? Rasa sedih?" tanya Aqmar lagi.
"Cemburu itu,tidak berapa. Bukanlah dia milik saya. Sedih tu tetap ada. Tipulah jika saya cakap tak." jujur Mila.
"Do you think he's worth it? You've waited for a long time,Mila."
"What's meant to be,will be. Dah berapa kali I try to lupakan dia,tapi tak success. Jadi,saya redha saja."
"He's going to Singapore for three years. Sanggup awak tunggu lagi tiga tahun?" Akhirnya,Aqmar menanya soalan itu.
'If I can wait him for 7 years,(termasuk masa sekolah menengah) apa susahnya tiga tahun?' Mila bermonolog.
"Saya sanggup."
"Jika dia terjumpa seorang wanita di sana,dan hendak memperisterikan dia,berbaloikah awak tunggu dia selama 10 tahun?"
Mila bungkam. Dia pernah terfikir tentang perkara itu. Namun,perkara tersebut ditepikannya.
"Jika dia bukan jodoh saya,apa boleh saya buat?"
"Awak kena usaha. Jangan menyesal pada saat dia telah melafazkan akad nikah untuk perempuan yang lain," nasihat Aqmar. Degil benar perempuan ni. "At least,awak dah cuba,walaupun ditolak oleh dia. Jika dia terima,lagi baik lah."
"Ingat,when you've tried,and not getting it,it's better than not trying and regretting it. At least,awak dah usahakan."
Mila diam. Tidak menjawab nasihat Aqmar. Betul juga kata dia. Sekurang-kurangnya,saya cuba.
"Baiklah,saya tak akan ganggu masa awak. Kena marah oleh bos tak pedah-pedah. Saya dah fikirkan sesuatu untuk awak. Either you beritahu dia perasaan awak masa dia belanja awak makan atau pada hari dia terbang ke Singapura. The choice is yours."
"Jika dia tak terima,dapatlah awak gunakan tiga tahun ini untuk menyembuhkan hati awak."
"Baiklah Aqmar. I think I know what I need to do. Terima kasih banyak-banyak ya Aqmar. Terima kasih. Saya amat menghargai perbuatan dan percakapan awak hari ni." kata Mila. Dia benar-benar bersyukur atas segala perbuatan Aqmar walau dia tidak begitu rapat dengannya pada sekolah menengah.
"No problem. I doakan terbaik untuk awak. Assalamualaikum Mila.Saya hendak jalan. Hari ini saya belanja." Aqmar berdiri dari tempat duduknya dan meninggalkan Mila seorang di cafe.
'Terima Kasih. Wa'alaikumsalam.' kata Mila di dalam hati.
Apa yang saya kena buat ni?
-
YOU ARE READING
Cinta Saya Untuk Awak
Jugendliteratur"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan. Mila hanya mencintai Faris Zakaria secara senyap dari jauh....kadang-kadang dari dekat. "Mila,saya amat mencintai-nya tetapi...