Dua buah bas telah sampai di destinasi nya. Semua penumpang turun dan mengambil bagasi masing-masing. Perkara pertama yang dilakukan semua peserta adalah mendaftar dan mengambil kunci tempat penginapan mereka. Tempat penginapan di resort tersebut terbahagi kepada dua iaitu penginapan bilik rumah panjang dan penginapan chalet. Roslan dan Marlia sibuk mengagihkan kunci kepada para peserta untuk bilik masing-masing. Azreena kebetulan ditempatkan di chalet bersama seorang staf bernama Liza.
"Reena ikut Liza ya. Nanti kita jumpa semula. Kawanlah dengan Liza okey. Reena boleh betemankan Liza untuk pergi mana-mana" kata Shahrul. Dia masih lagi perlu memastikan perjalanan pendaftaran dan menyampaikan kunci kepada peserta berjalan dengan lancar.
"Abang sebilik dengan siapa?" tanya Azreena
" Kenapa tanya? Nak sebilik dengan abang?" Shahrul mengusik gadis di sebelah nya. Wajah Azreena kemerah-merahan kemudian nya.
"Bukan itu maksud Reenalah abang. Jangan salah sangka. Abang jangan berfikir yang bukan-bukan boleh tak?" terbeliak mata Azreena melihat wajah Shahrul. Lagi-lagi mulut tidak ada insuran. Nak kena cubit lelaki ini.
"Gurau je. Jangan marah sayang. Abang sebilik dengan Roslanlah. Siapa lagi? Abang duduk di chalet. Jomlah abang angkat beg Reena sekali. Reena bawa bakul tu saja."
"Tak payahlah abang. Reena boleh bawa sendiri beg Reena. Bukan berat pun. Jangan susah-susah bang" Azreena menolak cadangan Shahrul. Dia segera mencapai dan memegang beg pakaian nya.
Shahrul senyum melihat reaksi Azreena. Bagus -bagus orang nak tolong angkatkan, dia menolak pula. Tetapi Shahrul tahu Azreena memang susah menerima bantuan orang. Selagi mampu dia buat sendiri.
"Jom Azreena. Ikut akak. Kita pergi bilik. Ini akak dah dapat kuncinya. Encik Shahrul jangan risau ya. Azreena akan okey dengan saya." Liza memberi jaminan kepada Shahrul.
"Baik-baik jalan tu. Sekejap lagi kita berkumpul di dewan terbuka tu." kata Shahrul menunjuk ke arah sebuah dewan terbuka yang terletak berhampiran pantai. Dewan itu selalu digunakan untuk aktiviti keramaian.
Sepanjang perjalanan ke chalet, Azreena menikmati udara segar yang menyamankan badan. Angin betiup sepoi-sepoi bahasa dari arah laut. Cuaca pagi itu begitu baik dan tidak panas. Kawasan tersebut masih mempunyai pohon-pohon besar yang melindungi cahaya matahari. Sesampai di chalet Liza pun membuka pintu chalet. Di dalamnya terdapat satu katil saiz queen dan satu katil size single.
"Reena guna katil single ni lah kak. Akak gunalah katil queen size tu" Azreena meletakkan begnya berhampiran katil kecil itu.
"Terima kasih Reena. Sepatutnya akak yang gunakan katil single tu." ujar Liza. Dia rasa bersalah sebab Azreena tu orang yang dekat dengan bosnya Encik Shahrul. Azreena patut tidur di tempat lebih selesa.
"Tak apa kak. Reena boleh saja baring atas katil ni. Tak ada masalah."sahut Azreena. Biarlah wanita itu gunakan katil yang lebih besar, sesuai dengan tubuhnya yang gempal sedikit.
Sementara menunggu masa berkumpul semula, Azreena mengambil keputusan duduk-duduk di luar chalet. Dia hendak menikmati pemandangan indah sekitarnya. Liza pula ingin tidur sekejap. Dia rasa mengantuk dan meminta Azreena membangunkannya nanti.
Areena keluar dari chalet dan duduk di beranda. Ahh...nyamannya dihembus udara segar. Azreena menarik nafas dalam-dalam dan dihembus semula. Begitulah dia mengulanginya beberapa kali. Perbuatan Azreena dari jauh dilihat oleh Shahrul dan Roslan. Shahrul tersenyum melihat gelagat Azreena. Tentu seronok gadis itu berada di kawasan pantai. Shahrul dan Roslan lalu di hadapan Azreena. Shahrul pun berhenti untuk menyapa gadis itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...