"Abang !" Azreena terjerit kecil. Ternganga mulutnya. Tangan kiri pantas mengurut dada untuk menghilangkan rasa terkejut. Kus semangat...
"Hmm...Kenapa? Terkejut?" tegur Shahrul senyum. Kemudian dia tergelak melihat reaksi Azreena. Comel betul. Gadis ini tidak pernah membosankan bila berdekatan dengannya.
"Yalah terkejut. Abang tetiba je muncul. Dah berapa lama abang berdiri di situ?"soal Azreena. Perasaannya sudah kembali tenang. Senyuman manis diberikan kepada lelaki di hadapannya itu.
Shahrul terpegun melihat senyuman manis gadis di hadapannya itu. Jantungnya mula berdegup laju. Shahrul menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Diulangnya dua tiga kali barulah dia berasa lega.
"Baru saja. Dari jauh abang lihat Reena sibuk bercakap-cakap, senyum-senyum dan gelak-gelak. Hmm..Reena berbual dengan siapa di telefon?" soal Shahrul ingin tahu.
"Berbual dengan boyfriend," jawab Azreena selamba. Dia menahan senyuman. Timbul niat jahat ingin mengenakan Shahrul. Saja ingin melihat reaksinya. Heheh..
Ya, serta-merta wajah Shahrul berubah. Senyuman yang terukir tadi serta-merta hilang. Sekarang wajahnya serius pula. Pandangan matanya tajam menikam pandangan mata Azreena. 'Opp! Jangan cari masalah Reena' kata Azreena dalam hatinya. Lantas Azreena senyum.
"Kenapa senyum?" tanya Shahrul dengan reaksi wajah yang masih serius.
Shahrul rasa bengang tiba-tiba. Perasaan cemburu tiba-tiba timbul apabila mendengar perkataan 'boyfriend' yang disebut oleh gadis itu. Daripada berdiri menyandar kini Shahrul berdiri tegak berpeluk tubuh. Azreena yang tadinya berdiri , duduk semula. Dia terus senyum memandang wajah Shahrul. Tindakan Azreena membuatkan Shahrul rasa hairan. Terus-terusan senyum...sewel ke?
Buku novel Azreena dipeluk di dadanya. Senyuman Azreena semakin lebar menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. Akhirnya Azreena tergelak. Melongo Shahrul melihat tingkah laku Azreena.
" I am sorry abang. Janganlah marah. Tadi tu Reena cakap dengan mama saja. Mana ada boyfriend," jelas Azreena memandang Shahrul di hadapannya.
Shahrul mengigit bibir bawahnya.Rupa-rupanya Azreena bergurau dengannya. Suspen...sedikit geram di hati Shahrul. Giginya kemudian diketap menahan rasa. Sudahlah tension hendak bertunang esok, pandai-pandai pula budak depan ni menambah rasa bengangnya.
"Ohhh Reena gurau ya. Reena nak buat abang cemburu ya," Shahrul senyum senget. Keningnya diangkat.
Tangan Shahrul menyeluk saku seluarnya. Dia melangkah setapak demi setapak mendekati Azreena sehingga betul-betul berdiri di hadapannya. Mata gadis itu direnung tanpa berkedip. Senyuman Shahrul meleret penuh makna.
"Abang..abang nak buat apa ni? Soal Azreena gugup. Matanya besar memandang lelaki itu yang betul-betul berdiri di hadapannya. Degup jantung Azreena kian laju.
Shahrul membongkokkan badan dan menunduk sedikit kepala sehingga wajahnya sama paras dengan wajah Azreena. Dia merenung ke dalam anak mata Azreena. Senyuman nakal masih terukir di bibir Shahrul bila melihat reaksi gabra Azreena. Reaksi takut pun ada. Tiba-tiba Shahrul terus duduk di sebelah Azreena. Azreena mengurut dada lega. Shahrul ketawa terbahak-bahak kerana lucu melihat gelagat Azreena.
Azreena yang rasa dipermainkan itu spontan terus mencubit lengan Shahrul yang berlapik itu. 'Padan muka' bentak Azreena dalam hati. Shahrul menyeringai kesakitan. Bisanya cubitan.Tak sangka pula ada tangan ketam di sebelahnya ini. Azreena senyum puas hati.
"Tahu takut. Bohonglah lagi. Sejak bila Reena jadi ketam ni?" Shahrul ketawa lagi. Bekas cubitan di lengan digosoknya. Wajah gadis di sebelah dipandang sebelum memandang ke hadapan.
![](https://img.wattpad.com/cover/109583092-288-k79434.jpg)
YOU ARE READING
Kasih Kita
RomancePertemuan dalam pesawat MAS telah menyemai perasaan istimewa Shahrul terhadap Azreena, walaupun baru mengenalinya ketika itu. Azreena yang lahir dan dibesarkan di London menyusuli orang tuanya yang telah terlebih dahulu menetap di Sarawak. Shahrul k...