8

435 12 0
                                    


Suasana di pusat disko itu begitu bingit sekali. Muzik rancak yang nyaring mengegarkan telinga dan mendebarkan dada pengunjung-pengunjungnya. Suasana suram dihiasi lampu bergemerlapan yang bergerak mengikut rentak muzik menambahkan keasyikan muda-mudi menari diiringi lagu ke lagu. Pentas tarian semakin sesak kerana lagu-lagu yang diputarkan rancak-rancak.

Di beberapa sudut yang lebih suram dan agak tersorok kelihatan beberapa pasangan yang duduk berdua-duaan, tidak segan bercumbu-cumbuan. Mereka seolah-olah tidak memperdulikan kehadiran orang lain di situ kerana asyik berada dalam dunia khayalan sendiri.

Sepasang mata seorang lelaki yang baru masuk ke disko itu liar mencari kelibat seseorang. Pandangan matanya berhenti pada tubuh seorang wanita yang sedang duduk keseorangan di satu sudut bar di situ. Perlahan-lahan dihampirinya wanita itu yang sedang termenung.

"Hai Rozi !,"sergah Johari sambil menepuk bahu Rozita. Johari kemudian ketawa terbahak-bahak kerana rasa lucu melihat reaksi spontan wajah wanita itu.

" Apa hal tiba-tiba kejutkan orang ni!" bentak Rozita pula. Panas hatinya disergah begitu. Kurang asam punya lelaki.

" Apasal tak datang malam tadi? I tunggu you tau tak!. I call handphone you, tak aktif pulak. Kenapa?" tanya Johari. Dia ingin tahu.

" I ada hal malam tadi"

" Dari jauh I nampak you termenung. Apa masalah yang berat sangat tu?" Mata Johari galak memandang wajah wanita di hadapannya itu. Dia sangat merindui teman wanitanya itu setelah seminggu tidak bertemu. Malam tadi waktu yang dijanjikan untuk bertemu tidak kesampaian apabila Rozita tidak kunjung tiba.

"Tak ada apa-apa.,"sahut Rozita pendek.

"Selalunya you tak macam ni. You happy go lucky saja. Tapi malam ni nampak lain macam je," komen Johari sambil merenung wajah wanita itu.

"Tak ada apa-apalah," Rozita tetap menafikan dan mana mungkin dia berterus terang dengan Johari. Johari yang selama ini mengisi kekosongan hatinya dan sering memenuhi kehendak wanitanya.

" Malam tadi I cari you kat sini tapi you tak ada. Ni, barang yang you pesan," Johari mengeluarkan satu bungkus kecil pil khayal. Bungkusan itu cepat-cepat dimasukkan ke dalam kocek seluar jean Rozita.

" Dua gelas beer ," Johari memesan kepada pelayan bar. Kemudian dimasukkan dua biji pil ke dalam dua gelas tersebut. Minuman itu diminum perlahan-lahan sambil mereka berborak Begitulah malam-malam yang dilalui oleh mereka sejak mula berkenalan setahun lebih yang lalu.

Johari menarik tangan Rozita dan mengajaknya menari. Mereka ligat menari mengikut irama rancak lagu 'Ice-ice baby" yang berkumandang. Seketika kemudian irama bertukar kepada slow dance. Johari dan Rozita yang mulai hangat saling berpelukan tanpa memperdulikan orang lain yang turut sama berbuat demikian. Kedua-duanya semakin hanyut dalam dunia khayalan ciptaan mereka sendiri.

"Are you okay?" tanya Johari seketika kemudian. Rozita mendongakkan kepala memandang wajah Johari. Mata Rozita semakin kuyu. Dia membenamkan kembali wajahnya ke dada bidang lelaki itu. Johari mulai rasa berahi. Nafsu lelakinya kian memuncak.

" Jom kita keluar dari sini," ajak Johari. Matanya semakin galak merenung tepat ke anak mata Rozita. Keinginannya semakin memuncak seperti waktu-waktu yang lalu.

"Ke mana?" tanya Rozita walhal dia sudah maklum kehendak Johari.

" Tempat biasa. Nanti I hantar you balik," ujar Johari seraya memaut lengan Rozita. Perlahan-lahan mereka beriringan keluar dari pusat disko itu. Johari kemudiannya memecut laju keretanya ke tempat yang ditujui.

Kasih KitaWhere stories live. Discover now